Bina Rumah Untuk Kucing Jalanan, Siap Ada Alamat! – Manis Madu
Bina Rumah Untuk Kucing Jalanan, Siap Ada Alamat

Bina Rumah Untuk Kucing Jalanan, Siap Ada Alamat!

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang digemari ramai. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi memastikan si bulu mereka sihat, cukup makan dan mempunyai tempat yang selesa.

 

Namun begitu, tidak semua kucing mempunyai nasib yang sama lebih-lebih lagi nasib si kucing jalanan. 

 

Melihat kepada nasib yang membelenggu si kucing jalanan, baru-baru ini tular satu video berkenaan rumah kucing yang dibina oleh seorang individu.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pamella di laman sosial TikToknya, dia sangat terkejut melihat ada seseorang yang berhati mulia telah membina rumah untuk seekor kucing jalanan.

Di dalam video tersebut, rumah yang bewarna coklat jingga itu dihuni oleh seekor kucing bewarna hitam putih. 

 

Memang nampak sangat selesa untuk si bulu siap ada alamat rumah lagi.

rumah kucing yang lengkap dengan alamat-Jalan SS 18 1 Subang Jaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur melihat rumah kucing yang lengkap dengan alamat dan ada juga yang berterima kasih kepada orang yang membina rumah tersebut.

 

“Siap ada address, omg” -@ashrsdn.

 

“Nanti nak post makanan dekat dia lah. Senang ada alamat” -@umeazhar.

 

“Comelnya..terima kasih sesiapa yang buatkan rumah comel untuk dia”- @amelieena.

 

“Moga Allah kurniakan rezeki yang berganda pada hamba Allah yang buat rumah tu. Amin” -@kakzaa_jamunenedungun.

 

Rumah kucing itu difahamkan dibina di Jalan SS 18/1 Subang Jaya. Setakat ini video tersebut telah berjaya meraih 242.5 Juta tontonan dan  568 komen.

Post a Comment