Bintang ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah Diam-Diam Hulur Sumbangan Bantu Pelajar Terkesan Covid-19 – Manis Madu
Bintang ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah Diam-Diam Hulur Sumbangan Bantu Pelajar Terkesan Covid-19

Bintang ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah Diam-Diam Hulur Sumbangan Bantu Pelajar Terkesan Covid-19

Pelakon drama The Penthouse, Lee Ji Ah secara diam-diam bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

 

Portal Soompi melaporkan, satu pertubuhan amal iaitu Green Umbrella Children’s Foundation (ChildFund Korea) mendedahkan aktres jelita itu telah memberi sumbangan berupa alat teknologi bagi membantu pelajar yang memerlukan.

 

Sumbangan tersebut bertujuan untuk memudahkan pelajar kurang berkemampuan meneruskan sesi pembelajaran dalam talian secara jarak jauh.

 

Lee Ji Ah dikatakan mengemukakan idea sumbangan tersebut selepas menyaksikan sendiri kesukaran para pelajar menjalani sesi pembelajran atas talian.

 

Menurut Presiden ChildFund Korea iaitu Lee Je Hoon, bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.

 

“Pandemik Covid-19 menyebabkan timbul ketidaksetaraan antara pelajar sehingga menjadi semakin parah, lebih-lebih lagi soal ekonomi keluarga membataskan pembelajaran jarak jauh.

 

“Pendidikan kini sudah menjadi sebahagian norma baharu dalam kehidupan pelajar, maka kami sentiasa memerlukan sokongan bagi meneruskan kehidupan dan membantu anak-anak daripada keluarga kurang mampu.

 

“Kami berterima kasih kepada Lee Ji Ah atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada anak-anak ini,” katanya.

Post a Comment