Boleh Makan Ke Tak Ni Sebenarnya? Korang Mungkin Terkejut Dengan Inovasi Nasi Lemak Yang Ada Sekarang! – Manis Madu
Korang Mungkin Terkejut Dengan Inovasi Nasi Lemak Yang Ada Sekarang

Boleh Makan Ke Tak Ni Sebenarnya? Korang Mungkin Terkejut Dengan Inovasi Nasi Lemak Yang Ada Sekarang!

Nasi lemak memang semestinya kegemaran rakyat Malaysia. Tapi, kalau nasi lemak jadi aiskrim, okay ke?

 

Sejujurnya, Yaya tak pernah rasa langsung makanan-makanan lain yang berasaskan nasi lemak. Bukan sebab apa pun, cuma tak pernah berkesempatan! Tapi sebenarnya, takut juga lidah tak boleh terima rasa nasi lemak yang ditukarkan kepada makanan yang lain.

1. Sushi Nasi Lemak

Ada ke Maduners yang pertama kali dengar Sushi Nasi Lemak? Kalau ada, kita geng! Antara sushi nasi lemak yang popular di Malaysia ialah dari restoran Ruyi & Lyn, Kompleks Beli-Belah Bangsar. Ada yang nak cuba ke? Jom!

2. Aiskrim Nasi Lemak

Antara makanan yang paling susah untuk diterima. Nasi lemak itu sendiri pedas, macam manalah rasanya apabila makanan pedas dijadikan sejuk dingin?

“It tastes very Nasi Lemak” , kelakarlah tengok Bradley Lim dan rakan-rakan sekerjanya menilai Aiskrim Nasi Lemak! Menarik, teringin pula nak cuba.

3. Burger Nasi Lemak Ayam Rendang

Nasi Lemak, dalam bentuk burger. Mungkin akan rasa 90% sama, tetapi tiada nasi. Tidaklah terlalu pelik, kan? Menurut myBurgerLab, disebabkan negara kita memang terkenal dengan aneka makanan, jadi inilah masanya untuk menunjukkan inovasi makanan kebanggaan kita!

4. Nasi Lemak Macarons

Nasi_Lemak_Macaron

Sumber Gambar: www.savourofasia.com.au

Savour of Asia menyatakan bahawa Nasi Lemak Macarons dicipta oleh chef pastri daripada Malaysia, Jeffery Liew. Beliau sangat kreatif kerana sentiasa ingin mencuba untuk menyuntik elemen makanan Malaysia dalam pastri Perancis. Menakjubkan!

5. Kek Nasi Lemak

Alahai, ingatkan kek nasi lemak ini diperbuat daripada kek. Rupa-rupanya, ia nasi lemak, dalam bentuk kek! Jadi, untuk kek nasi lemak, kita tak perlu risau dengan rasanya sendiri sebab ia 100% nasi lemak asli.

6. Nasi Lemak Cookies

Nasi lemak cookies? Rempeyek ke? Lainlah! Yaya gurau jer. Tapi memang rupa cookies ini macam rempeyek, tapi agak tebal sedikit.

 

Yaya ada terjumpa resipi untuk membakar nasi lemak cookies di rumah sendiri, oleh pamelalim. Apabila tengok bahan-bahan, memang sebiji macam buat nasi lemak!

7. Nasi Lemak Creme Brulee

Ecole-dessert-nasi-lemak

Sumber Gambar: www.submerryn.com

Hanya RM10.90, kita boleh dapatkan satu hidangan Nasi Lemak Creme Brulee di Ecole P, Damansara Uptown. Patisserie Perancis, tapi rasa nasi lemak? Rugi kalau tak cuba!

Walaupun makanan yang Yaya dah perkenalkan kepada Maduners agak luar biasa, namun kita seharusnya berbangga dengan kreativiti dan kesungguhan semua pihak untuk mempromosi makanan kebanggaan Malaysia iaitu Nasi Lemak. Jadi, apa tunggu lagi? Kita kena cari sampai dapat semua hidangan ini!

Post a Comment