Bosou Sada Atau Jeruk Ikan, Makanan Tradisional Sabah – Manis Madu
Bosou Sada Atau Jeruk Ikan, Makanan Tradisional Sabah

Bosou Sada Atau Jeruk Ikan, Makanan Tradisional Sabah

Negeri Sabah terkenal dengan pelbagai keunikan bukan sahaja dari segi adat dan budaya tetapi makanan dari negeri itu juga unik!

 

Baru-baru ini, seorang wanita di laman TikTok ada berkongsi satu resipi makanan tradisional yang unik dan menarik diberi nama Bosou Sada. Nama pun dah unik kan!

@mselonelon Sabahan traditional food .. Bosou Sada ataupun Jeruk Ikan sungai ..Ada kah sabahan yg tidak pandai makan bosou? 😅 #MYfoodie #tiktoksabahan #foodie #perkasam #bosou #sabahanfood #fooddance ♬ original sound – Felen

Bosou Sada merupakan sejenis jeruk ikan sungai. Jom kita belajar cara-cara penyediaan dan cara makan Bosou Sada.

Bosou Sada 1 (1)

Bahan-bahan:

  • Ikan segar
  • Garam
  • Halia
  • Cili
  • Tuhau/tepus
  • Nasi sejuk
Bosou Sada 5 (1)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan segar bersama garam. Sejukkan ke dalam peti ais selama 3 jam.
  2. Selepas 3 jam, keluarkan dari peti sejuk dan tapis air berlebihan.
  3. Kemudian, masukkan ikan tersebut ke dalam bekas dan masukkan halia, cili putih, tuhau/tepus, nasi sejuk serta sedikit garam. 
  4. Gaul hingga rata dan masukkan ke dalam bekas.
  5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara dan sedia di makan selepas satu minggu diperam.
Bosou Sada 6 (1)

Bosou Sada dikatakan lebih kurang seperti pekasam yang terkenal di Semenanjung. Makanan ini boleh di makan begitu sahaja dengan nasi atau boleh ditumis terlebih dahulu. Senang jerr!

Post a Comment