Botol Syampu Plastik Punca Kegemukan? – Manis Madu
Botol Syampu Plastik Punca Kegemukan_

Botol Syampu Plastik Punca Kegemukan?

Satu kajian baharu mendakwa botol syampu diperbuat daripada plastik sebenarnya boleh menyebabkan individu menjadi gemuk.

 

Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut..

alia-hasan-zXd2BXF3XVw-unsplash (1)

Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.

 

Kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.

hans-reniers-lQGJCMY5qcM-unsplash (1)

Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme.

 

“Eksperimen kami menunjukkan produk plastik biasa mengandungi campuran bahan yang boleh menjadi faktor berkaitan di sebalik berat badan berlebihan dan obesiti,” kata ketua pasukan penyelidik, Martin Wagner.

towfiqu-barbhuiya-J6g_szOtMF4-unsplash (1)

Beberapa pakar percaya kebanyakan bahan kimia plastik itu akan kekal dalam produk harian tersebut untuk jangka masa panjang.

 

Namun, kajian kumpulan penyelidik menunjukkan sejumlah besar bahan kimia itu mampu dilarutkan, sekali gus membolehkan bahan tersebut memasuki memasuki badan.

 

Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan. 

 

Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.

 

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Environmental Science & Technology.

Post a Comment