BTS Mungkin Tak Dapat Hadir MAMA 2021 Kerana Varian Omicron – Manis Madu
BTS Mungkin Tak Dapat Hadir MAMA 2021 Kerana Varian Omicron

BTS Mungkin Tak Dapat Hadir MAMA 2021 Kerana Varian Omicron

Arahan sekatan kuarantin baharu yang akan berkuat kuasa mulai esok (3 Disember), mungkin akan menjejaskan kehadiran BTS di 2021 Mnet Asian Music Award (MAMA), lapor allkpop.

 

Berikutan penularan varian Omicron Coronavirus di seluruh dunia, kerajaan Korea Selatan telah meletakkan peraturan baharu untuk pelancong luar negara yang tiba di Korea. 

 

Tanpa mengira status vaksinasi, semua pengunjung yang tiba di Korea mulai 3 Disember akan diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari.

 

Akibatnya, sebaik sahaja ahli BTS pulang dari Amerika Syarikat, mereka perlu dikuarantin selama 10 hari. Buat masa ini, ahli BTS dijadualkan membuat persembahan di ‘2021 Jingle Ball Tour’ di Los Angeles, California pada 3 Disember.

 

Meskipun kumpulan itu memilih untuk kembali ke Korea serta merta selepas itu, ini akan menghalang mereka menghadiri 2021 Mnet Asian Music Awards yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember.

 

Semasa 2020 Mnet Asian Music Awards tahun lepas, BTS menyapu bersih 9 anugerah berbeza, dan turut mempersembahkan “ON”, “Dynamite”, dan “Life Goes On”. 

 

Setakat ini, tidak diketahui sama ada kumpulan itu sedang mempertimbangkan untuk menghadiri 2021 MAMA.

Post a Comment