Buah Hati Rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah – Manis Madu

Buah Hati Rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah

Sentiasa menjadi bualan hangat orang ramai, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kini menjadi buah hati rakyat Malaysia.

Melihat kisah Dr Noor Hisham sewaktu kecil, beliau berasal daripada Sungai Pelek, Sepang dan berbangsa Cina sehinggalah di ambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Melayu pada umur 14 tahun.

Beliau juga merupakan salah seorang alumni daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun 1988 dan ijazah sarjana dalam pembedahan pada tahun 1994 di UKM.

Dr Noor Hisham Abdullah telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan pada tangkal 1 Mac 2013 yang mana beliau merupakan seorang pakar bedah yang terlatih.

 

Kini, dirinya sebagai seorang Ketua Pengarah Kesihatan sentiasa mendapat pujian orang ramai kerana usahanya yang cemerlang pada waktu ini dalam menangani wabak Covid-19 di Malaysia.

Sumber: Dndi.org

Walaupun begitu, Dr Noor Hisham menolak pujian secara berlebihan dengan menyatakan bahawa perkara tersebut sememangnya skop tugasan kerjanya dan juga perkara tersebut adalah usaha bersama mereka lain yang berada di barisan hadapan.

 

Begitu mahir dalam berbahasa Melayu dan Inggeris membantu Dr Noor Hisham menyampaikan maklumat terkini wabak Covid-19 kepada orang ramai yang mana ramai memuji dirinya kerana menyampaikan maklumat dalam cara yang mudah difahami.

Perkara yang membanggakan rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham juga telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik yang sedang berjuang memerangi pandemik Covid-19.

 

Di sini Madu ingin mengucapkan terima kasih dan selamat ulang tahun kelahiran kepada Dr Noor Hisham pada 21 April dan juga yang menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan baik.

Post a Comment