Buang Ketuat Guna Rawatan Laser Mahal Sangat! Baik Cuba Tips Ini – Manis Madu
cara hilangkan ketuat

Buang Ketuat Guna Rawatan Laser Mahal Sangat! Baik Cuba Tips Ini

Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan virus jenis human papillomavirus (HPV). Virus-virus ini akan merebak ke seluruh badan dan individu yang ada kaitan dengan ketuat.

Ketuat

Sumber gambar: siraplimau.com

Ketuat ini bukan sahaja akan mengeras, bintik-bintik kecil pun akan naik dekat kawasan tersebut. Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa faktor boleh tumbuhnya ketuat seperti keturunan, pemakanan, gaya hidup, tahap kebersihan atau persekitaran.

types-of-warts-s9-filiform-warts

Sumber Gambar: onhealth.com

Untuk hilangkan ketuat, rawatan yang lazimnya digunakan adalah rawatan laser. Namun, terdapat juga beberapa bahan organik yang boleh menghilangkan ketuat dan dijadikan sebagai alternatif kepada rawatan laser.

 

Jom kita tengok apa bahan-bahan organik yang boleh hilangkan ketuat!

#1 Cuka Epal

Cuka epal adalah bahan asid yang boleh membantu menangani HPV! Bahan ini mampu membuatkan ketuat hilang dengan lebih cepat. Haa, caranya mudah sahaja. Korang campurkan cuka epal dengan air, guna kapas dan sapu campuran tersebut pada kawasan terkena jangkitan.

 

Ketuat boleh hilang dengan lebih cepat dengan menggunakan bahan ini. Korang cuma perlu konsisten sapu campuran tersebut sebanyak 3 kali sehari dan masalah ini akan selesai!

 

Tapi Madu ingatkan ya, campurkan cuka dengan air kalau tak kulit korang akan jadi lebih pedih.

#2 Bawang Putih

Bawang Putih-garlic

Untuk pengetahuan Maduners, bawang putih merupakan bahan yang efektif untuk menghilangkan jangkitan bakteria, kulat dan virus!

 

Apa yang korang perlu buat adalah tumbuk bawang putih dan campurkan dengan sedikit air. Sama juga konsep macam cuka epal tadi, sapu jerr pada bahagian ketuat dan pastikan korang sapu setiap hari selama 3 hingga 4 minggu.

 

Nanti nampaklah hasilnya!

#3 Nanas

nanas

Kalau korang nak tahu, dalam nanas terdapat kandungan bromelain. Bromelain berfungsi untuk melawan keradangan dan ia boleh memecahkan ikatan antara protein.

 

Untuk nanas pula, korang sapukan jus nanas atau boleh juga letakkan isi nanas atas tempat yang terkena ketuat tersebut. Namun, keberkesanan bahan ini masih lagi dalam kajian tapi ada jerr orang yang kata ia berhasil merawat masalah ketuat. Cubalah!

#4 Lemon

lemon

Sebut lemon mesti terbayang detox! Betul tak? Lemon sememangnya terbukti berkesan dan bagus untuk detox dan berkesan bagi mereka yang ingin memiliki kulit yang cantik.

 

Tapi tidak ramai yang tahu yang lemon juga boleh digunakan untuk hilangkan ketuat dengan cepat!

 

Caranya titiskan perahan lemon pada ketuat dan lakukannya setiap hari. No skip-skip ya! Untuk info korang, kesan penggunaan lemon ini akan mengeringkan sel ketuat.

#5 Timun

timun

Terdapat kandungan salicylic acid dalam timun yang boleh membersihkan lapisan kulit dengan lebih mendalam. Betapa power kesan salicylic acid, dia akan bertindak menyental dan lenyapkan semua sel kulit sampai ketuat itu hilang! Haaa power kan?

 

Sel kulit sihat yang baru pula akan tumbuh pada tempat yang terkena ketuat sebelum ini.

#6 Kapur Sirih

kapur sirih

Korang boleh juga gunakan kapur sirih untuk hilangkan ketuat. Caranya, lumurkan kapur sirih pada tempat yang ada ketuat seolah olah menyapu losen. Lagi tebal lapisannya, lagi bagus. Biarkan sehingga kering dan bilas.

 

Jika diamalkan selalu, dalam tempoh seminggu pun ketuat itu akan tanggal dengan sendiri. Lazimnya ketuat akan tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan akan meninggalkan parut.

 

Petua ini lebih sesuai untuk diaplikasikan pada ketuat yang tumbuh di bahagian leher dan kawasan-kawasan berdekatan.

 

Haa korang kalau dah cuba, jangan lupa share dengan kawan-kawan! Biar sama-sama dapat atasi masalah ketuat ini.

Post a Comment