Buat French Fries Sendiri Di Rumah? Petik Jari Sahaja! – Manis Madu
Buat French Fries Sendiri Di Rumah_ Petik Jari Sahaja!

Buat French Fries Sendiri Di Rumah? Petik Jari Sahaja!

French fries menjadi salah satu snek segera yang popular dan sangat digemari rakyat Malaysia. Bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, orang dewasa pun minat! Sambil buat kerja atau belajar, sambil ngap fries.

 

Walau bagaimanapun, Anis rasa kita semua sedia maklum yang makanan sejuk beku atau fast food ini memang tak berapa bagus kerana kandungan garam yang tinggi, mengandungi MSG, lemak tepu dan sebagainya. Memang memudahkan kerja-kerja memasak tapi itulah risikonya!

 

Haa, kalau Maduners penggemar kentang goreng, korang wajib cuba buat resipi kentang goreng homemade yang Anis nak kongsikan ini. Tak susah sangat pun. Paling penting rupanya sebijik macam kentang frozen yang kita selalu beli dan semestinya lebih sihat dan menjimatkan.

@richard_is_cooking &ltFrench Fries>boleh buat kat rumah jugak jika terasa nak makan #ubikentang #frenchfries #tiktokchef #tiktokguru #masakdirumah ♬ I LOVE YOU – Kevin Rater

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, sediakan ubi kentang yang sudah dibuang kulit. Potong dalam bentuk kentang goreng. Ketebalan atau kenipisan kentang terpulang pada korang ya.
  2. Basuh kentang yang sudah dipotong dan perap kentang dengan garam. Part ini penting ya! Proses memerap kentang dengan garam boleh melembutkan tekstur kentang kita. Perap lebih kurang 10 minit.
  3. Selepas selesai diperap, bilas sekali lagi dan toskan. Pat dry kentang terlebih dahulu sebelum melakukan proses seterusnya. Pastikan ubi kentang dalam keadaan yang kering tau!
  4. Bila kentang dah kering, boleh masukkan satu sudu besar tepung gandum dan salutkan kentang-kentang itu.
  5. Gorengkan dengan api kecil sahaja selama enam minit. Angkat dulu kentang dan sejukkan sebelum kita goreng kali kedua. Ini untuk pastikan tekstur kentang rangup dan tidak hancur.
  6. Untuk goreng kali kedua, kita gunakan medium heat dan goreng selama dua minit. Angkat dan sedia untuk dimakan!

 

Mudah saja kan resipi ini? Maduners boleh cuba buat sendiri di rumah, mesti lebih puas hati. Selamat mencuba Maduners!

 

Sumber: Richard Is Cooking

Post a Comment