Buat Kejutan Hari Jadi Teman Wanita, Lelaki Tergamam Kekasih Bersama Skandal Dalam Rumah – Manis Madu
Buat Kejutan Hari Jadi Teman Wanita, Lelaki Tergamam Kekasih Bersama Skandal Dalam Rumah

Buat Kejutan Hari Jadi Teman Wanita, Lelaki Tergamam Kekasih Bersama Skandal Dalam Rumah

Seorang lelaki tergamam apabila sambutan hari jadi buat teman wanitanya bertukar sedih melihat si dia bersama lelaki lain dalam rumah.

 

Kisah yang berlaku di Indonesia ini menjadi tular apabila teman lelakinya memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok.

 

Video yang berdurasi selama 1 minit menunjukkan dia sedang dalam perjalanan ke rumah teman wanitanya untuk membuat kejutan hari lahir.

@bulevotanofficial2pengalaman yg ngga bakalan gw lupain seumur hidup…♬ suara asli – bulevotan official

Namun, lelaki berkenaan menjadi hairan apabila melihat sebuah motosikal yang tidak dikenali di hadapan rumah teman wanitanya.

 

Lelaki berkenaan kekal tenang dan terus mengetuk pintu rumah sewa kekasihnya namun hampa apabila seorang lelaki yang tidak dikenali membuka pintu tersebut.

 

Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan 6 juta jumlah tontonan dan juga 355,000 tanda suka.

 

Setelah melihat lelaki tersebut, teman lelaki tetap memanggil teman wanitanya untuk mengambil kek tersebut dan berlalu pergi dalam keadaan tergamam.

 

Rata-rata netizen memberikan semangat kepada lelaki terbabit dengan kata-kata positif.

 

Seorang pengguna TikTok dengan nama pengguna @penkqq meninggalkan komen mengatakan bahawa sakit kerana cinta adalah sakit yang tidak berdarah.

sakit kerana cinta adalah sakit yang tidak berdarah dan ia adalah benar

Diharap lelaki berkenaan terus tabah dan carilah pengganti yang lebih menghargai cinta.

Post a Comment