Bukan Berpecah! BTS Umum Rehat Sementara, Fokus Kerjaya Solo – Manis Madu
Bukan Berpecah! BTS Umum Rehat Sementara, Fokus Kerjaya Solo (1)

Bukan Berpecah! BTS Umum Rehat Sementara, Fokus Kerjaya Solo

Pada 14 Jun lalu, kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat satu pengumuman mengejutkan bahawa mereka akan membuat haluan masing-masing buat sementara waktu setelah sembilan tahun membina nama bersama.

 

Menurut Allkpop, keputusan berkenaan diambil agar kesemua tujuh anggota BTS boleh memberi fokus kepada kerjaya solo mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial)

Namun, melalui muat naik video bertajuk ‘Real BTS Dinner’ di saluran YouTube rasmi mereka BANGTANTV, kumpulan yang turut dikenali sebagai BangTan Boys ini berjanji akan kembali bersatu, suatu hari nanti.

BTS dianggotai oleh Jungkook (24), Jin (29), RM (27), V (29), Suga (29), J-Hope (28) dan Jimin (26).

 

“Saya selalu rasakan bahawa BTS berbeza dengan kumpulan lain, namun masalah utama sebagai pemuzik dan keseluruhan sistem idola K-pop adalah anda tidak boleh berkembang dan menjadi matang,” kata RM.

 

“Kami sudah mencapai tahap di mana setiap seorang mempunyai tujuan dan cita rasa muzik tersendiri dan untuk mencapainya, BTS perlu ‘direhatkan’,” ujar Jimin.

 

Sementara itu, V pula menegaskan ia bukan perpecahan yang sebenar sambil menambah bahawa mereka akan kembali bersama.

 

“Apabila kami kembali bersatu, sinergi BTS akan berada di satu tahap berbeza dan tidak akan sama seperti kumpulan K-pop yang lain,” tegas V. 

 

Ini merupakan kali pertama BTS mengumumkan akan ‘berehat panjang’ tanpa sebarang notis sepanjang karier mereka meskipun pernah beberapa kali mengambil ‘cuti’ dalam tempoh yang dinyatakan.

Post a Comment