Bukan Hanya Boleh Menyanyi, Zizi Kirana Merdu Bertaranum – Manis Madu
Zizi Kirana Merdu Bertaranum

Bukan Hanya Boleh Menyanyi, Zizi Kirana Merdu Bertaranum

Sejuk mata memandang dan sedap telinga mendengar apabila Zizi Kirana berkongsi videonya membaca Al-Quran dengan amat baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Video tersebut dikongsi oleh Zizi di Tiktok susulan Zizi menyatakan tentang azamnya yang ingin berubah ke arah lebih baik.

@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ ##RahsiaRamadhan♬ original sound – Zizi Kirana

Zizi yang tidak kelihatan kekok dengan bertaranum yang merdu sekali walaupun ini adalah pertama kali dirinya membaca Al-Quran secara langsung.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian hangat dari netizen dengan tontonan sebanyak lebih 800 ribu views sekaligus menjadikan video yang paling banyak tontonan di akaun Tiktok Zizi!

 

Untuk pengetahuan Maduners, rakaman tersebut dibuat untuk program Rahsia Ramadhan yang bakal ditayangkan pada bulan puasa nanti pada April nanti. Sama-sama kita nantikan!

 

Mengikut pemerhatian Madu, komen yang diabadikan oleh netizen amat positive buat Zizi yang sopan dan manis melantunkan bacaan dengan busana serba putih yang cantik!

 

Madu doakan semoga Zizi terus consistent ya!

Sumber: Rotikaya

Post a Comment