Bukan Islam Tapi Kenapa Pakai Tudung? Atlet Silat Jawab Kenapa Bertudung Walaupun Beragama Kristian
Baru-baru ini, seorang atlet pencak silat asal Sabah bernama Merrywati Manuil mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat emas di acara Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 yang diadakan di MITC Melaka.
Jelasnya, kemenangan tersebut telah membuatkan orang ramai turut berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh atlet muda ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Merrywati turut mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan daripada netizen mengenai kenapa dia memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan walaupun pemakaian tersebut tidak wajib.
Menerusi hantaran di Instagram, penyandang pingat emas ini menjelaskan, meskipun dia bukan berbangsa Melayu tetapi dia sangat menghormati, mengagumi dan mencintai seni silat.
“Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat. Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” ujarnya.
View this post on Instagram
Selain itu, remaja ini turut menegaskan bahawa pemilihannya untuk memakai tudung ketika pertandingan ini bukanlah paksaan dari mana-mana pihak dan hanya mengikuti apa yang dipelajari.
“Semestinya tiada paksaan dari mana mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari. Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab,” tambahnya.
Begitu rupanya! Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Merrywati atas kejayaannya baru-baru ini. Semoga terus maju jaya di masa hadapan!