Bukan Kerana Terlampau Penat, Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Dalam Otak – Manis Madu
Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Dalam Otak

Bukan Kerana Terlampau Penat, Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Dalam Otak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia berpunca daripada pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan Cheras mengalami penyakit ‘anuerysm’ dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu.

 

“Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja. Ujian Covid-19 adalah negatif,” katanya lagi.

 

Sementara itu, melalui Facebook yang tular, salah seorang waris mangsa mengesahkan arwah meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendarahan di kepala serta sudah beberapa kali dibedah.

 

“Arwah adalah anak saudara saya dan meninggal dunia akibat jatuh bilik air. Mohon perbetulkan fakta,” katanya merujuk kepada posting tular tentang berita pemergian Dr Ali yang dikatakan kerana terlampau penat bekerja.

 

Berita kematian petugas barisan hadapan tersebut telah tular menerusi posting yang dimuat naik oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook.

Menurut posting tersebut, Dr Ali dikatakan jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk istirehat dalam menangani Covid-19.

Post a Comment