Bukan Main ‘Galak’! Gelagat Maskot Dinosaur Ikut Joget Zapin Buat Netizen Terhibur – Manis Madu
Bukan Main ‘Galak’! Gelagat Maskot Dinosaur Ikut Joget Zapin Buat Netizen Terhibur

Bukan Main ‘Galak’! Gelagat Maskot Dinosaur Ikut Joget Zapin Buat Netizen Terhibur

Menjelang sesuatu perayaan, pusat beli-belah tidak akan lari daripada mengadakan persembahan atau pertunjukan untuk hiburan orang awam. Bukan itu sahaja, ruang utama gedung itu juga akan dihiasi dengan dekorasi yang gah dan menarik. Antara persembahan yang akan lazimnya disediakan adalah nyanyian, tarian, sesi perjumpaan dengan selebriti dan banyak lagi.

 

Pengunjung yang hadir juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pertunjukan yang dianjurkan selain akan singgah untuk bergambar berlatar belakangkan dekorasi-dekorasi yang ada di pusat beli-belah terbabit.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang satu acara yang diadakan di sebuah pusat beli-belah. Menariknya, ada ‘sesuatu’ yang berlaku ketika acara itu berlangsung dan menarik perhatian orang ramai. Maduners pun mesti terhibur tengok!

 

Video berdurasi satu minit yang dikongsikan di laman TikTok itu memaparkan situasi pertunjukan tarian di pusat beli-belah sempena Hari Kemerdekaan dan dapat dilihat perkarangan pusat beli belah itu dikerumuni orang ramai untuk menyaksikan acara tersebut.

@xcaminDino ni okay tak okay? 😂

♬ original sound – xcamin

Apa yang mencuri tumpuan, terdapat sepasang maskot dinosaur yang turut berjoget sekali di tepi pentas. Wah, bukan main ‘galak’ dia ya!

 

Menurut video berkenaan, rasanya acara yang diadakan merupakan pertunjukan tarian tradisional dan ramai pengunjung tidak mengira bangsa telah mengambil peluang untuk menyaksikan sendiri dan tak sangka pula ada ‘back up dancer’ yang cukup lincah ikut serta dengan tarian tersebut. Comel betul!

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen di TikTok turut terhibur melihat gelagat comel maskot dinosaur yang hadir untuk menceriakan dan menggamatkan suasana pusat beli-belah tersebut.

 

“Dia sebenarnya main dancer. Yang atas stage tu backup ja,”

 

“Kau dengan ternganga macam tu HAHAHAHA,”

 

“Dino! Rasanya awak salah event ni hahaha,”

 

“Benda gini pun aku terhiburrr,”

 

Hantaran berkenaan berjaya meraih 228.6k tontonan, 30.4k tanda suka dan 1005 komen di laman TikTok.

Post a Comment