Bukan Muka Jerr Sama, Pasangan Kembar Seiras Lahirkan Bayi Juga Pada Hari Yang Sama! – Manis Madu
Bukan Muka Jerr Sama, Pasangan Kembar Seiras Lahirkan Bayi Juga Pada Hari Yang Sama!

Bukan Muka Jerr Sama, Pasangan Kembar Seiras Lahirkan Bayi Juga Pada Hari Yang Sama!

Pasangan kembar seiras perempuan yang satu ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang sama tetapi turut dilaporkan melahirkan bayi mereka pada hari yang sama di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat!

 

Menurut laporan Metro UK, Jill Justiniani dan Erin Cheplak masing-masing melahirkan bayi lelaki dalam tempoh selang beberapa jam.

 

Lebih mengejutkan, bayi lelaki mereka yang lahir pada 5 Mei itu juga mempunyai ukuran yang sama! Bayi yang diberi nama Oliver dan Silas masing-masing dilahirkan dengan berat 3.26 kilogram dan panjang 50.8 sentimeter.

 

Jill melahirkan Oliver pada pukul 6.39 (waktu tempatan), manakala Erin melahirkan Silas pukul 11.31 malam hari yang sama.

 

Dalam satu rancangan bual bicara televisyen, Good Morning America (GMA), Erin ada memberitahu bahawa dia berkahwin dengan suaminya, Zach yang juga anak kembar dalam sebuah majlis sederhana memandangkan ketika itu situasi pandemik Covid-19 belum reda. Mereka kemudiannya mengadakan majlis lebih besar dan meriah pada Ogos 2021.

 

Tambah Erin, sebelum dia berkahwin, saudara kembarnya ada berkongsi berita bahawa dia sedang hamil dan selang seminggu kemudian, Erin juga mendapati dirinya mengandung anak pertama.

 

“Saya mengambil ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif,” kata Erin sambil menambah, dia membuat panggilan video kepada kakaknya untuk mengesahkan perkara tersebut.

 

Jill bersalin melalui kaedah pembedahan Caesarean Section (C-Sect) pada 5 Mei lalu, manakala Erin dijadualkan melahirkan anak pada 15 Mei tetapi bersalin 10 hari lebih awal.

Post a Comment