Bukan Wanita Jerr, Lelaki Pun Datang Bulan! – Manis Madu
Bukan Wanita Jerr, Lelaki Pun Datang Bulan!

Bukan Wanita Jerr, Lelaki Pun Datang Bulan!

Satu perkongsian video TikTok daripada @everlifefarmasi mungkin akan buatkan Maduners ‘terkejut’ kerana orang lelaki sebenarnya turut mengalami sindrom ‘datang bulan’, sama seperti kaum wanita!

Kata wanita yang dikenali sebagai seorang ahli farmasi, lelaki turut mengalami perubahan hormon yang dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS).

 

Ini berikutan hormon yang terdapat dalam tubuh badan lelaki menjadi tidak stabil, yang mungkin berpunca daripada stress, lapar dan kurang belaian kasih sayang.

 

Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat pelbagai cara seperti memberi ruang dan melayan mereka dengan baik.

 

Dan menurut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka namun bagi lelaki, ketidakstabilan hormon agak sukar untuk diketahui berbanding kaum hawa.

 

Selain itu, IMS ini juga boleh memberi kesan kepada orang lelaki yang berketerampilan seperti seorang wanita, seperti berasa cemas, terlebih sensitif, mudah marah dan cepat tersinggung.

 

IMS ini juga dapat mempengaruhi perubahan fizikal lelaki selain kurang ghairah, sakit belakang dan juga simptom sakit kepala.

Post a Comment