Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Ini Antara Produk Kecantikan Yang Anda Perlukan – Manis Madu
Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Ini Antara Produk Kecantikan Yang Anda Perlukan

Kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan nisbah 1 daripada 19 penduduk wanita Malaysia berisiko mendapat kanser ini.

Breast-Cancer-Awareness-Month-768

Sumber Gambar: www.wsav.com

Dengar macam mustahil kan ayat yang Madu tulis dekat atas tapi memang fakta betul! Sempena dengan bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Madu nak fokus kepada kesedaran, produk dan semua perkara mengenai kanser payudara.

 

Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan untuk kanser payudara, Madu nak kongsi beberapa produk kecantikan yang mungkin anda perlukan.

1. Rambut Palsu

cap-wig

Sumber Gambar: www.allure.com

Ketika sedang menjalani rawatan bagi kanser payudara seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi, memang tak boleh elak daripada masalah keguguran atau penipisan rambut kesan daripada rawatan tersebut.

 

Jadi salah satu produk kecantikan Maduners boleh dapatkan adalah rambut palsu atau Wigs. Mungkin selepas menjalani beberapa rawatan dan rambut mula gugur, anda rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Jadi memakai rambut palsu boleh bantu memberikan keyakinan diri Maduners.

 

Bagi memudahkan proses memilih rambut palsu, Maduners boleh minta bantuan salon rambut yang Maduners selalu pergi dan minta beberapa tips mudah dalam memakai rambut palsu.

2. Bulu Mata Palsu

fake-eyelashes

Sumber Gambar: www.realsimple.com

Bulu mata juga merupakan salah satu bulu di badan kita yang akan gugur akibat daripada rawatan kemoterapi.

 

Antara jenama bulu mata yang Madu boleh cadang adalah jenama Eylure yang telah mencipta bulu mata palsu iaitu, C-Lash, yang dibuat dengan jalur yang tidak kelihatan untuk meniru dan nampak seakan-akan bulu mata anda sendiri.

EYLURE_CLASH-768

Sumber Gambar: www.beautybible.com

Kenapa Madu cadangkan jenama ini? Kerana ianya dimiliki oleh Codilia Gapare, yang kehilangan bulu mata ketika menjalani kemoterapi, jadi Codilia yang mempunyai pengalaman menjalani rawatan kemoterapi dan keguguran bulu mata pastinya lebih tahu tentang keperluan mereka yang menjalani kemoterapi dan C-Lash menawarkan kemasan semula jadi yang sempurna.

3. Penggunaan Sikat

hbz-brushes-index-1579291640-768

Sumber Gambar: www.harpersbazaar.com

Pemilihan jenis sikat sangat penting jika anda sedang menjalani rawatan untuk kanser, penggunaan sikat yang terlalu kasar akan memburukkan lagi keadaan rambut anda yang kini mengalami masalah penipisan rambut.

 

Jadi anda kena lebih spesifik dan memilih sikat rambut yang lembut dan mempunyai bulu penyikat yang baik memberikan menjamin daripada merosakkan rambut anda.

Manta-Hair-Hairbrush

Sumber Gambar: www.amazon.co.uk

Sikat yang Madu boleh cadangkan untuk Maduners adalah sikat rambut Manta yang memang dihasilkan khas mereka yang mengalami penipisan rambut disebabkan hal tertentu.

4. Pemilihan Shampoo

Jangan guna shampoo sebarangan bila Maduners sedang menjalani rawatan untuk kanser kerana keseluruhan badan Maduners berada dalam keadaan sensitif sekarang.

Maduners harus pilih shampoo yang spesifik seperti Philip Kingsley No Scent No Shampoo yang mana shampoo ini dihasilkan tanpa pewangi, pewarna dan juga paraben yang berbahaya untuk kulit kepala dan rambut.

 

Itu antara produk dan tips yang boleh bantu Maduners untuk melawan kanser payudara, ingat Maduners, jangan mengalah! Anda boleh!

Post a Comment