Bunga Api Virtual Ganti Sambutan Tahun Baru? 5 Perkara Boleh Buat Untuk Sambutan Tahun Baru Di Rumah! – Manis Madu

Bunga Api Virtual Ganti Sambutan Tahun Baru? 5 Perkara Boleh Buat Untuk Sambutan Tahun Baru Di Rumah!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun 2021. Lazimnya, seluruh penduduk dunia akan meraikan dan menyambut tahun baru dengan gilang gemilang.

 

Tak perlu pergi jauh, kita tengok sahaja sambutan tahun baru di Malaysia. Fuhhh, meriah! Dengan percikan bunga api, konsert, persembahan, countdown. Penuh orang di Dataran Merdeka!

 

Tahun ini mesti sambutan tidak akan sama seperti tahun sebelumnya. Tapi worry not! Kita masih boleh lakukan aktiviti di rumah ketika sambutan tahun baru. Cuma tahap kemeriahannya tidaklah sama seperti sambutan secara terbuka beramai-ramai.

 

Haa meh sini Madu share 5 perkara yang boleh korang buat untuk sambutan tahun baru di rumah!

#1 Sambutan Kecil-Kecilan Di Rumah

Sambutan Kecil-Kecilan Di Rumah-sambutan tahun baru berskala kecil

Korang boleh buat sambutan tahun baru berskala kecil di rumah. Masak dan makan bersama ahli keluarga atau rakan terdekat. Percayalah, bila berkumpul ramai-ramai pasti keseronokkan itu dirasai! Bersembang pun dah cukup buat suasana gamat dan meriah.

#2 Reka Aktiviti Menarik

Bila dah berkumpul ramai-ramai, reka aktiviti menarik untuk dilakukan bersama. Korang boleh ajak ahli keluarga atau rakan main games yang korang dah siapkan. Contohnya buat pertandingan pakaian paling kreatif, menyanyi, menari dan lain-lain. Mesti best!

#3 Tonton Filem

Walaupun dengar macam bosan dan klise, tapi tonton filem kegemaran bukanlah idea yang buruk untuk dilakukan. Mungkin korang boleh buat ala-ala pawagam kecil di rumah dan tonton bersama ahli keluarga atau rakan-rakan supaya lebih gempak dan menyeronokkan. Try la!

#4 Tonton Pertunjukan Bunga Api Secara Virtual

Madu tak pasti sama ada tahun ini ada atau tidak pertunjukan bunga api, tapi korang boleh buat secara virtual! Ajak keluarga atau kawan-kawan tonton pertunjukkan bunga api atas talian. Alahhh, tengok pertunjukan bunga api yang lama dekat YouTube pun boleh jerrr.

#5 Countdown Bersama-sama

hand-flips-block-changing-2020-2021_Countdown

Idea ini bukan sahaja boleh dilakukan dengan keluarga dan kawan-kawan tapi boleh berpakat dengan jiran tetangga sekali! Bayangkan kawasan kejiranan korang, semua jiran berada di depan rumah dan sama-sama countdown menanti detik 12 malam. Uiii, meriah macam malam raya! Tapi dekat rumah masing-masinglah, semua standby di balkoni rumah

 

Di saat wabak menular ini masih belum pulih sepenuhnya, seeloknya jika kita elakkan keluar rumah tanpa sebab penting. Sambutan tahun baru juga kita tangguhkan sebentar dan cari inisiatif lain untuk sambut. Keselamatan dan nyawa kita lebih penting kan?

 

Stay safe everyone and happy new year!

Post a Comment