Bungkusan McDonald's BTS Jadi Kasut, Koleksi Idea Kreatif Army BTS Dengan BTS Meal! – Manis Madu
Bungkusan MCD BTS meal

Bungkusan McDonald’s BTS Jadi Kasut, Koleksi Idea Kreatif Army BTS Dengan BTS Meal!

Baru-baru ini, BTS ada mengadakan kerjasama dengan McDonald’s serata dunia sehingga ada cawangan McDonald’s di Indonesia terpaksa ditutup oleh kerana terlampau ramai yang beratur.

 

Aduh, penangan K-Pop terutama BTS jangan dibuat main!

 

Haa, bila dah dapat beli BTS Meal, tak akan nak buang jerr bungkusan tersebut?

 

Disebabkan terlampau sayang dan obses dengan kumpulan tersebut, rata-rata peminat kumpulan ini telah mentransformasi bungkusan tersebut kepada item yang tak disangka-sangka!

 

Nak tengok tak mereka tukar BTS Meal ini jadi apa? Jom Fazlan senaraikan di bawah!

#1 Kasut BTS Meal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Josiah Chua (@josiahchua)

Seorang pereka fesyen terkenal di Singapura iaitu Josiah Chua telah berfikir di luar kotak dengan kreatif apabila menukar bungkusan BTS Meal tersebut kepada kasut!

 

Nak siapkan kasut tersebut dah satu hal, nak buat siapkan dengan cantik mesti lagi! Lawa sungguh!

#2 Casing Telefon

Menurut seorang pengguna Twitter ini, beliau tidak ingin meletakkan bungkusan tersebut di dalam frame kerana nampak klise, jadi dia jadikan bungkusan itu sebagai casing telefon!

#3 Robot BTS

Ini memang kreatif, beliau dengan kreatifnya jadikan bungkusan BTS kepada sebuah robot!

 

Fuhh ini memang perlukan imaginasi yang sangat tinggi.

 

Comel jerr kan bila tengok semula, pereka robot ini menamakan robot itu sebagai “ROBO JIN”.

#4 Anting-anting BTS

Waaa ini sangat comel! Sangat cantik tapi simple jerr.

 

Tak terfikir pula bungkusan BTS ini boleh dijadikan anting-anting. Pereka anting-anting ini jual produk yang dia buat!

 

Boleh pergi ke TikTok beliau iaitu @kurisuti96.

#5 Keychain BTS

Padanan warna yang sangat sesuai dengan ikan paus!

 

Peminat dari Filipina ini bukan saja jadikan bungkusan sebagai keychain tapi juga mengawet nugget ayam tersebut di dalam resin sebagai kenangan!

 

Padu padu!

 

Jadi macam mana BTS Army semua? Seronok tak tengok idea kreatif peminat-peminat BTS ini?

Post a Comment