Buntu Nak Ikut Petua Mana Satu? Kenali 6 ‘Skinfluencer’ Selalu Kongsi Ilmu Kecantikan Kulit!
Penjagaan kulit wajah sudah menjadi satu kewajipan bagi semua wanita. Siapa jerr tak mahu memiliki kulit yang sihat, bebas jerawat dan mulus bak kulit bayi kan!
Seiring dengan fenomena ini, ribuan produk kecantikan mula dikeluarkan. Apa yang menjadi permasalahan, produk-produk yang dipasarkan ini, tidak diketahui samada bagus untuk kulit atau tidak.
Paling ngeri jika ia mengandungi bahan terlarang yang bukan sahaja merosakkan kulit tetapi akan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Takutnya!
Sehubungan dengan itu, hari ini Madu akan perkenalkan beberapa influencer yang aktif berkongsi ilmu-ilmu kecantikan kulit di alam maya. Tak rugi follow mereka, banyak ilmu kita dapat!
Puan Mary (@glowwe)
Melalui platform YouTube, Puan Mary merupakan salah seorang ‘sifu skincare’ yang aktif menyebarkan ilmu penjagaan kulit wajah. Penyampaiannya yang santai dan mudah difahami membuatkan ramai wanita suka menonton video-videonya di YouTube.
Madu rasa kalau Maduners khatam semua video Puan Mary, dah tak pening kepala nak tentukan skincare yang bersesuaian untuk kulit.
Dr Ingky (@Skyfyx)
Siapa cakap wanita jerr boleh bercakap tentang skincare? Lelaki pun ada yang mahir tentang skincare tau! Salah satunya adalah Dr Ingky.
Dr Ingky juga merupakan salah seorang skinfluencer yang aktif menyebarkan ilmu kulit di Instagram dan YouTube.
Selain bercerita tentang fakta berkaitan kulit, Dr Ingky juga sering membuat review produk-produk yang berada di pasaran dan memberi pandangan serta rating terhadap produk tersebut.
Cirasso
Mengambil iktibar daripada tragedi breakout yang berlaku ke atas dirinya akibat memakai produk timbang kilo, Cirasso menjadikannya sebagai titik permulaan untuk membuat perkongsian tentang ilmu kulit.
View this post on Instagram
Cirasso seringkali mendidik pengikutnya untuk mengenalpasti kandungan yang bagus untuk keadaan kulit seseorang dan menekankan agar membaca kandungan pada produk terlebih dahulu sebelum membelinya.
Noel Faizal
View this post on Instagram
Ini lagi seorang skinfluencer lelaki yang sohor di laman YouTube! Sedar tak sedar, sudah hampir 3 tahun Noel Faizal aktif berkongsi ilmu penjagaan kulit di alam maya.
Menariknya, Noel bukan sahaja banyak berkongsi tentang skincare tetapi tips-tips makeup juga ada dikongsikan di laman YouTube nya.
Siti Awe
View this post on Instagram
Celoteh seorang ahli farmasi dengan loghat utara ini mesti pernah didengari atau ditonton di media sosial kan? Siti Awe mula dikenali menerusi satu videonya yang telah tular berkaitan penjagaan kulit wajah.
Rentetan daripada tularnya video itu, Siti Awe semakin dikenali dan mula aktif berkongsi ilmu kulit di akaun peribadinya (Instagram dan YouTube). Kalau Maduners follow Siti Awe, bukan sahaja peroleh ilmu kulit tetapi dapat sekali pakej ilmu kesihatan berkaitan wanita!
Myakrell
Perkongsian daripada wanita dikenali sebagai Mya ini juga bermanfaat buat Maduners yang masih keliru dan tercari-cari cara penjagaan kulit yang betul.
Mya banyak membuat perkongsian di laman Instagram menerusi ‘reels’. Ringkas, padat dan mudah difahami!
View this post on Instagram
Maduners yang masih mencari rutin penjagaan kulit yang betul, boleh ikuti skinfluencer yang Madu senaraikan di atas. Ilmu yang betul tentang penjagaan kulit sangat penting supaya kita tidak tersilap dalam membuat pilihan.