Bunuh, Kerat & Makan Daging Ibu Sendiri
Seorang pemuda Sepanyol didakwa membunuh, mengerat dan memakan anggota badan ibu kandungya sendiri kemudian disimpan di dalam bekas makanan.
Tertuduh, Alberto Sanchez Gomez, 28, dalam perbicaraan Selasa lalu mendakwa dia melihat mesej tersembunyi semasa dia menonton televisyen dan ada suara menyuruh dia untuk membunuh ibunya.
Menurut Harian Metro, suspek memberitahu Mahkamah Audiencia bahawa suara yang didengarinya itu milik jiran, kenalan dan selebriti tetapi dia tidak ingat bagaimana dia mengerat dan memakan daging ibunya.
Semasa siasatan dijalankan, detektif menjumpai sisa anggota mangsa dalam bekas Tupperware di dalam peti ais manakala tulangnya pula diletakkan dalam laci rumah berkenaan.
Bekas pelayan pelanggan itu juga memberitahu pihak polis bahawa dia bersama anjingnya telah memakan daging ibunya itu sedikit demi sedikit selama dua minggu.
Semasa perbicaraan itu, pendakwa raya negeri memberi tahu bahawa tertuduh telah mencekik ibunya dalam pergaduhan antara Januari hingga awal Februari 2019.
Untuk menghilangkan mayat itu, tertuduh kemudian bertindak memotong anggota badan mangsa menggunakan gergaji dan dua pisau dapur sebelum di makan dan di letakkan ke dalam bekas.
Tertuduh berdepan hukuman penjara lebih 15 tahun jika dia disabit kesalahan kerana membunuh Maria Soledad Gomez, 68.
Walaubagaimanapun, keputusan ujian psikiatrik tertuduh akan diumumkan dalam perbicaraan akan datang
Sumber Gambar: hmetro.com