Cadangan Kontroversi, Afrika Selatan Cuba Untuk Benarkan Wanita Berpoligami – Manis Madu
Cadangan Kontroversi, Afrika Selatan Cuba Untuk Benarkan Wanita Berpoligami

Cadangan Kontroversi, Afrika Selatan Cuba Untuk Benarkan Wanita Berpoligami

Kerajaan Afrika Selatan mengemukakan cadangan penuh kontroversi untuk membenarkan wanita negara berkenaan mengamalkan poliandri.

 

Menurut laporan akhbar Daily Mail, usul untuk meluluskan perkahwinan wanita dengan lebih daripada seorang lelaki pada sesuatu masa itu adalah sebahagian daripada rancangan menyusun semula Akta Perkahwinan Afrika Selatan.

 

Seorang usahawan dan personaliti televisyen, Musa Mseleku yang memiliki empat isteri merupakan antara warga Afrika Selatan yang menentang keras idea tersebut.

Afrika Selatan benarkan poligami

“Kelulusan ini akan menghancurkan adat dan budaya tempatan. 

 

“Wanita tidak boleh mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Adakah selepas ini wanita perlu membayar mas kahwin dan lelaki pelu menggunakan nama keluarga isteri?” soalnya.

 

Tambah Mseleku, dia tidak mahu berdiam diri dalam hal tersebut dan membiarkan akta baharu itu menghancurkan masyarakat Afrika Selatan.

 

Pemimpin pembangkang daripada Parti Demokratik Kristian Afrika (ACDP), Kenneth Meshoe berkata, undang-undang yang dicadangkan itu akan menghancurkan masyarakat jika hak berpoligami turut diberikan kepada wanita.

 

Ahli akademik tempatan, Profesor Collis Machoko pula memberitahu bahawa masyarakat Afrika tidak bersedia untuk persamaan hak tersebut. 

 

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wanita yang kami tidak boleh kawal,” katanya.

 

Pada masa ini, undang-undang Afrika Selatan mengizinkan seorang lelaki untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri dan aktivis hak jantina meminta kerajaan menggubal undang-undang poligami demi kesetaraan jantina.

Sumber Gambar: Daily Mail

Post a Comment