Cantiknya! Dr Noor Hisham Dimemorikan Secara Unik Melalui Nukilan Seni Netizen – Manis Madu
Cantiknya! Dr Noor Hisham Dimemorikan Secara Unik Melalui Nukilan Seni Netizen

Cantiknya! Dr Noor Hisham Dimemorikan Secara Unik Melalui Nukilan Seni Netizen

Bagi Luqman Hakim, seni adalah segalanya. Tengok gambar Dr. Noor Hisham Abdullah yang dilukis atas cawan Starbucks oleh Luqman Hakim ini!

Pada 1 Julai 2020, Hubert Ian Lee telah berkongsi karya seni yang dibuat oleh rakannya, Luqman Hakim, yang merupakan seorang artis autisme, di Twitter.

Tweet yang telah mencapai jumlah favorite sebanyak 2.3 K dan masih meningkat, membuatkan warga Twitter semua terpesona dengan karya Luqman Hakim.

Lukisan Dr Noor Hisham Abdullah berjaya menarik banyak perhatian dari pengguna Twitter dan juga dari Starbucks Malaysia. Mana taknya, lukis pakai pen pun boleh cantik macam ini!

 

Hubert Ian Lee juga meminta orang ramai untuk menyebarkan karya seni Luqman Hakim hingga mendapat perhatian lebih lanjut dari DG Dr. Noor Hisham Abdullah sendiri.

Katanya, Luqman Hakim nak memberikan lukisan itu kepada Dr. Noor Hisham Abdullah sendiri sebagai hadiah. Bukan itu sahaja, dia sangat bangga dengannya atas semua usaha yang dilakukan untuk memulihkan negara dari wabak Covid-19.

 

Seperti yang dinyatakan oleh Luqman Hakim di Malay Mail, dia telah merancang untuk melukis gambar penghargaan Dr. Noor Hisham Abdullah selama beberapa bulan sekarang kerana dia ingin menunjukkan penghargaan kepadanya.

Di samping lukisan Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah dilakukan oleh Luqman Hakim, dia juga telah berkongsi banyak lagi karya seninya di laman Facebooknya.

 

“Saya sangat berterima kasih kepada rakan saya Hubert Ian Lee yang meminta izin saya untuk berkongsi karya seni saya di Twitternya,” katanya. Kalau Madu pun, mesti rasa terharu sebab ada yang appreciate hasil kerja kita.

MMU Malaysia juga pernah interview Luqman Hakim. Cuba Maduners tengok video ini!

 

Alang-alang Maduners membaca artikel ini, ambillah peluang untuk menyebarkan karya seni Luqman Hakim.

Ini menunjukkan bahawa ada ramai lagi artis Malaysia yang layak mendapat pengiktirafan terhadap karya seni mereka. Spread the love!

Post a Comment