Cantiknya Pakai Braces! Ini Dia Pantang Larang & Tip Penjagaan Pendakap Gigi
Memiliki gigi yang lebih teratur dan cantik merupakan idaman bagi setiap individu.
Kalau Maduners perasan, sesetengah orang yang mempunyai masalah gigi ini dia suka menutup mulut kalau mereka bercakap atau ketawa.
Pendakap gigi atau braces adalah sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi untuk pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak teratur.
Walau bagaimanapun, pemakaian pendakap gigi ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh diambil remeh. Banyak benda yang perlu korang kena titik beratkan.
So, hari ini Miera akan kongsikan kepada Maduners semua antara Pantang larang dan tips penjagaan pendakap gigi dengan baik!
#Elak Makan Benda Keras/Bergetah
Kalau dah pakai pendakap gigi benda pertama yang Maduners kena jaga adalah pemakanan.
Elakkan dari makan benda-benda yang keras atau bergetah seperti kacang, gula-gula getah atau apa-apa sahaja makanan yang mempunyai tekstur yang keras.
Makanan-makanan yang keras dan bergetah ini akan membuatkan pendakap gigi cepat rosak dan mudah tercabut.
Kalau nak makan pun kena sopan-sopan dan jangan main belasah jer! Contoh kalau korang nak makan ayam, cubit sikit-sikit, jangan pepah macam itu saja. Kalau tersangkut dekat pendakap gigi dah satu hal.
#Gunakan floss/ interdental brush
Memang tak dapat dinafikan kaedah floss atau penggunaan interdental brush untuk pendakap gigi ini agak leceh bagi sesetengah orang yang malas.
Tapi Maduners kena tahu, kaedah ini sangat bagus untuk diamalkan sebab ia boleh membuang sisa makanan di celah gigi terutamanya kawasan yang sukar dicapai dengan berus gigi.
Floss atau interdental brush ini dapat membantu menyingkirkan lebihan makanan yang tersekat pada pendakap gigi.
Kalau tak bersihkan, anda sendiri pun mungkin rasa tak selesa nak bercakap dengan orang lain.
Jadi, rajin-rajinlah untuk bersihkan gigi selepas makan! Terutamanya sebelum tidur.
#Kerap Berus Gigi/ Guna Pembersih Mulut (Mouth Wash)
Memberus gigi adalah rutin harian bagi setiap orang tidak kiralah Maduners pakai pendakap gigi ataupun tidak.
Bagi yang memakai pendakap gigi, anda perlulah memberus dengan lebih kerap.
Seeloknya gunakan berus gigi yang khas untuk pendakap gigi atau beli yang lembut sikit supaya gusi tidak berdarah dan berus pun mudah masuk pada celah-celah gigi.
Untuk memberus juga ada caranya yang betul! Maduners perlu memegang berus gigi pada sudut 45 darjah dan berus dengan lembut pada bahagian gusi dan seluruh mulut. Barulah mulut bersih dan segar uolls
#Guna Dental Wax
Ulser adalah salah satu masalah yang selalu membelenggu individu yang memakai pendakap gigi lebih-lebih lagi kalau dorang baru sahaja lepas tukar pendakap gigi.
Semua yang pernah memakai pendakap gigi mesti dah tahu bahawa pendakap gigi perlu ditukar dan diganti getahnya sebulan atau dua bulan sekali.
Kebiasaanya kalau lepas tukar pendakap gigi, besi yang di dalam mulut memang akan sedikit tajam.
Jadi, penggunaan dental wax ini dapat membantu menutup besi tajam yang mencucuk bahagian mulut dan secara tidak langsung dapat mengurangkan mulut pecah atau masalah ulser.
Sebab utama boleh terjadi ulser adalah berlaku pelanggaran atau geseran antara pendakap gigi dan juga kawasan mulut.
Perghh! Memang perit kalau ada ulser dalam mulut. Nak makan pun susah!
Kalau Maduners tak nak masalah ulser ini berlaku, gunakan dental wax pada bahagian pendakap gigi yang tajam tu.
Kepada Maduners yang sedang memakai pendakap gigi atau yang berhasrat nak pakai pendakap gigi, kena ambil tahu tentang pantang larang dan tips ini dulu.
Apa yang penting kena rajin! Barulah gigi cantik dan sihat.