Cara Kenal Produk Timbang Kilo? Jom Semak Ciri-Ciri Produk ‘Sampah’! – Manis Madu
Cara Kenal Produk Timbang Kilo_ Jom Semak Ciri-Ciri Produk ‘Sampah’!

Cara Kenal Produk Timbang Kilo? Jom Semak Ciri-Ciri Produk ‘Sampah’!

Maduners masih ingat tak satu ketika dulu pernah tular dan kecoh di media sosial tentang produk timbang kilo? Kecoh dengan kesan selepas pemakaian, kulit muka jadi makin teruk dan rosak, begitu juga dengan pendedahan awal daripada golongan berautoriti tentang perkara ini.

Bila ada yang buka mulut dan cerita tentang keburukan produk timbang kilo, habis kena kecam dengan ‘pengasas’ produk dan pengguna tegar.

 

Namun sekarang, sudah banyak kesedaran dan ilmu yang dikongsikan berkaitan penjagaan kulit wajah. Tip yang disampaikan oleh skinfluencer di pelbagai platform selalu menjadi rujukan utama. Good job!

 

Meskipun begitu, mungkin masih ada segelintir yang tidak dapat mengenal pasti produk timbang kilo di pasaran. Jom Anis kongsikan!

 

  • Packaging
    • Perkara yang paling ketara sekali produk itu akan datang dengan satu set. Tidak ketinggalan mesti akan akan sekali day cream dan night cream.
  • Warna
    • Warna yang sinonim dengan produk timbang kilo adalah warna-warna terang seperti hijau, jingga, kuning dan lain-lain.
  • Tekstur
    • Maduners kena perhatikan juga dari segi tekstur sesuatu produk. Kalau terkstur nya berlikat dan berkilat lain maciam, wajib re-check balik jenama yang korang pakai.
  • Bau
    • Produk-produk merbahaya ini juga bau dia kalah perfume kita! Wanginya menusuk kalbu. Tahu tak kenapa bau dia wangi sangat? Ini kerana kandungan fragrance yang tinggi diperlukan untuk menutupi bau bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk itu.
@skincarte Reply to @skincarte Tips kenal Produk Timbang Kilo✨ #produkmerkuri #produktimbangkilo ♬ Ive nightcore – kpop nightcore 🫶🏼

Kesimpulannya, produk-produk timbang kilo ini semuanya seakan-akan sama sebabnya sudah ready-made di kilang. Geng ‘pengasas produk’ ini tinggal nak pilih packaging sahaja!

 

Bagi Anis, nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat, perlu ada ilmu terlebih dahulu. Kulit kita jenis apa, bahan yang sesuai untuk masalah yang kita hadapi, cara penggunaan dan banyak lagi lah.

 

Tapi satu benda yang Anis musykil, zaman sekarang masih ada lagi ke yang guna produk timbang kilo? Aigooo, tacoood lah!

Post a Comment