Cara Mudah Kikis Kulit Petai, Tak Perlu Guna Pisau Dah! – Manis Madu
Cara Mudah Kikis Kulit Petai, Tak Perlu Guna Pisau Dah!

Cara Mudah Kikis Kulit Petai, Tak Perlu Guna Pisau Dah!

Bagi penggemar ulam-ulaman, petai merupakan antara ulam terkenal dan menjadi kesukaan ramai. Ditambah dalam masakan pun sedap contohnya sambal udang dengan petai. Perghh, sedap!

 

Untuk dimasukkan dalam masakan atau dimakan begitu sahaja sebagai ulam, petai perlu di‘siang’ kulitnya terlebih dahulu supaya kesan hitam yang ada di kulit petai tidak dimakan.

 

Kebiasaannya, kulit itu akan dikikis menggunakan pisau bertujuan mengurangkan rasa pahit kulit petai tersebut.

 

Namun, baru-baru ini di laman TikTok, seorang wanita ada memuat naik cara-cara menyiang kulit petai dengan lebih mudah dan cepat. Tak perlu kikis dengan pisau dah!

Menurut pemilik video tersebut, dia menggunakan berus besi yang biasanya digunakan untuk menyental periuk untuk mengikis permukaan petai.

 

“Hang jangan la pi ambik yang dok guna hari-hari tu, minyak apa semua lekat. Hang beli yang baru. Celup dalam air dan boleh tenyeh petai,” ujarnya dalam loghat utara.

 

Meninjau ke ruangan komen, netizen kebanyakannya suka dan berterima kasih dengan tips yang dikongsikan kerana lebih memudahkan.

Post a Comment