Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Guna IC – Manis Madu
Rupanya Ada Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Guna IC

Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Guna IC

Buat pengguna jalan raya yang selalu menggunakan lebuhraya bertol, kad Touch ‘n Go adalah antara benda wajib yang perlu dibawa semasa berada di jalanan.

 

Namun tak semua orang rajin nak bawa kad banyak-banyak dan memilih untuk menggunakan kad pengenalan atau IC sahaja sebagai kad Touch ‘n Go. Senang dan tak buang masa dekat tol tercari-cari kad Touch ‘n Go dalam susunan kad yang banyak dalam dompet.

 

Selain kejadian tak jumpa kad Touch ‘n Go, terdapat satu lagi situasi yang kalau boleh sesiapa pun tak mahu lalui. Tidak lain tidak bukan situasi yang mana nilai baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi. Rumit dan menyusahkan!

 

Maka, untuk elakkan kejadian itu berlaku adalah lebih baik untuk Maduners check terlebih dahulu baki kad Touch ‘n Go sebelum memulakan perjalanan. Tak susahkan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

 

Lebih mudah lagi, sekarang dah boleh periksa baki secara atas talian menggunakan aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @anisssurayaaa ada memuat naik cara-cara memeriksa baki duit yang ada dalam IC.

Cara check baki Touch ‘n Go online kalau guna IC

  1. Bukak aplikasi TNG (Touch ‘n Go e-Wallet).
  2. Dekat tempat search, type ‘TNG Card‘dan klik ‘TNG Card’.
  3. Klik ‘Add A New Card‘, masukkan nombor dan nama kad. Untuk nombor kad TNG atau Watsons boleh tengok dekat belakang kad. Untuk IC, korang boleh tengok nombor siri atau nombor MFG di resit yang korang dapat masa reload TNG guna IC.
  4. Lepastu klik ‘Submit‘

 

Done! Korang boleh guna kad TNG & IC, dua-dua boleh check balance. Kad Watsons pon boleh masukkan, asalkan kad itu boleh guna untuk TNG.

 

Korang boleh hantar TNG statement kad ke e-mel juga! Dah tak payah susah hati nak fikir baki kad ada berapa. Mudahkan? Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment