Cari Mayat Lain Jumpa Mayat Orang Lain, Kes Youtuber Hilang Bertambah Misteri! – Manis Madu
Pencarian Gabby Petito yang giat dijalankan membawa kepada penemuan mayat Robert Lowery

Cari Mayat Lain Jumpa Mayat Orang Lain, Kes Youtuber Hilang Bertambah Misteri!

Pencarian Gabby Petito yang giat dijalankan membawa kepada penemuan mayat lain!

 

Liputan kes kehilangan YouTuber Gabby Petito dilaporkan membawa kepada penemuan mayat Robert Lowery, dari Texas, yang hilang di Missouri.

 

Gabby Petito, 22 merupakan seorang pempengaruh Youtube yang hilang bulan lalu semasa perjalanan merentas desa di Amerika Syarikat bersama tunangnya Brian Laundrie.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabby (@gabspetito)

Mayatnya ditemui di Wyoming pada 18 September dan kini pihak berkuasa giat melakukan perburuan mengesan tunangnya Brian Laundrie yang merupakan suspek utama bagi kes kehilangan Gabby.

 

Namun, liputan hangat bagi kes Gabby Petito telah memberi satu kelegaan yang sedih kepada keluarga seorang lelaki dari Texas yang hilang di Wyoming pada bulan Ogos, lapor New York Post.

Robert Lowery 46

Jejak terakhir Robert Lowery, 46, dilaporkan berada di bandar Jackson.

 

Lowery terakhir kali dilihat dalam video di sebuah restoran di Jackson Hole Mountain Resort di Teton Village pada 19 Ogos.

 

Tinggalan mayat Robert ditemui berhampiran Black Canyon Trail di dasar Teton Pass pada hari Selasa, lapor Click 2 Houston.

 

Wakil Sheriff Chad Sachse mengatakan bahawa pencarian Gabby Petito menyebabkan mayat Robert Lowery yang hilang ditemui, 40 batu dari tempat mayat Gabby ditemui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabby (@gabspetito)

Pihak berkuasa berkata mereka yakin kedua-dua kes mayat yang dijumpai itu tiada kaitan antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabby (@gabspetito)

Bagi kes Gabby Petito, pemburuan giat dijalankan bagi menjejaki Brian Laundrie.

 

Terdapat beberapa individu mengatakan mereka terjumpa suspek utama Brian Laundrie ketika berkhemah di Fort De Soto Park, Pinellas County, Florida.

Post a Comment