Cemburu & Salah Faham, Suami Nekad Bakar Isteri Hidup-Hidup – Manis Madu
Suami Nekad Bakar Isteri

Cemburu & Salah Faham, Suami Nekad Bakar Isteri Hidup-Hidup

Kejam. Itu yang boleh disimpulkan kejadian yang berlaku di Medan, Indonesia baru-baru ini.

Suami Nekad Bakar Isteri

Sumber Gambar: Tribunnews.com

Menurut laporan, gara-gara gagal mengawal kemarahan dan cemburu, seorang lelaki telah bertindak diluar jangkaan apabila menyiram dan membakar isterinya hidup-hidup!

 

Kronologi bermula saat mangsa, isteri suspek, Rani, 20, yang telah tinggal lebih sebulan di rumah kakak suaminya, Yulia, bagi memudahkannya untuk pergi ke tempat kerja tidak mahu pulang ke rumah mereka apabila diajak suaminya.

 

Suspek yang dikenali sebagai Junanda@Nanda, 21, yang berang dengan keputusan isterninya itu kemudiannya menuduh isterinya telah menjadi scandal abangnya sendiri sebelum bertindak menyiram petrol dan membakar mangsa.

“Rani juga sering bergaduh dengan suaminya. Sebelum kejadian, mereka berjumpa berhampiran landasan kereta api tidak jauh dari rumah saya”.

 

“Memang mereka bergaduh di sana dan sebaik sampai di rumah, Rani mengadu tentang pertengkaran mereka. Tidak lama kemudian, Junanda datang dengan keadaan marah-marah sambil membawa minyak petrol,” ujar Yulia.

 

Keadaan menjadi huru-hara dan bising apabila suspek mengheret isterinya itu dari bilik tidur keruang tamu sebelum membakar isterinya.

 

“Kami cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi Yunanda terus menyiram Rani dengan minyak dan terus menghidupkan mancis”.

 

“Kami sangat terkejut dengan tindakannya itu dan cuba untuk memadamkan api. Rani pula menjerit kesakitan. Api mula marak dan saya bimbang kerana ada anak kecil. Kami cepat-cepat padamkan api dan segera hubungi ambulans,” jelasnya.

 

Kejadian yang menarik penduduk setempat itu dilaporkan kepada pihak polis dengan segera yang kemudiannnya menjurus kepada penangkapan suspek untuk direman dan disoal siasat.

 

Manakala, isteri suspek yang melecur teruk akibat dibakar itu segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan intensif.

Post a Comment