Comelnya, Dr Noor Hisham Dan Adik Lara Saling Berbalas Surat – Manis Madu

Comelnya, Dr Noor Hisham Dan Adik Lara Saling Berbalas Surat

Setelah namanya naik baru-baru ini kerana diiktiraf tiga doktor terulung di peringkat global, Dr Noor Hisham sekali lagi mendapat perhatian.

Kali ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila saling berbalas surat comel dengan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun.

Perkara ini bermula apabila Lara Khadijah McAfee yang berasal daripada Terengganu menulis surat dan menghadiahkan seutas rantai tangan kepada Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Lara yang berusia sembilan tahun, menulis surat tersebut kerana ingin mengucapkan terima kasih atas usaha dan pengorbanan Dr Noor Hisham dalam menangani wabak Covid-19.

Dr Noor Hisham yang berasa terharu telah mengambil masa untuk membalas surat Lara atas ucapan dan hadiah rantai tersebut.

 

Beliau juga menyatakan dalam surat yang ditulis kepada Lara bahawa usaha yang dijalankan dalam memerangi Covid-19 bukanlah datang hanya dari diri beliau seorang tetapi usaha berpasukan daripada pelbagai pihak.

 

Dalam surat tersebut, Dr Noor Hisham bersyukur kerana dibantu oleh pasukan hebat dan juga rakyat yang mengikut arahan dengan berada di rumah.

Surat diantara Lara dan Dr Noor Hisham tular di media sosial setelah abang kepada Lara memuat naik gambar surat tersebut di laman sosial Twitter dirinya.

Sumber Info & Gambar: TW @imancullen_

Post a Comment