Covid-19: 5 Aplikasi Terbaik Untuk Lakukan Panggilan Video – Manis Madu

Covid-19: 5 Aplikasi Terbaik Untuk Lakukan Panggilan Video

Pada waktu macam ini, Maduners harus kena duduk rumah untuk mengelak daripada jangkitan Covid-19 dan mesti rindu pada yang tersayang.

 

Jadi Syaz nak kongsikan dengan Maduners aplikasi terbaik untuk lakukan panggilan video bersama tersayang tak kiralah ahli keluarga, teman lelaki, teman wanita, kawan-kawan ataupun untuk hal pekerjaaan.

 

Senang cerita, ada aplikasi yang buat panggilan video secara berkumpulan pun boleh!

1. Whatsapp

Sumber Gambar: Makeuseof.com

Syaz rasa ramai Maduners dah tahu pasal aplikasi Whatsapp ini, tapi Maduners tahu ke yang aplikasi ini boleh buat panggilan video secara berkumpulan.

 

Untuk Maduners yang ada adik dan abang boleh buat panggilan video berkumpulan bersama-sama dengan ibu bapa Maduners.

 

Boleh hilangkan rindu dan bertanya khabar dengan ahli keluarga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini.

2. Houseparty

Sumber Gambar: Chrome Web Store

Nak buat panggilan video sambil main permainan secara atas talian? Jangan risau, Syaz cadangkan Maduners guna aplikasi Houseparty!

 

Aplikasi Houseparty menggabungkan panggilan video dengan permainan interaktif untuk Maduners bermain permainan trivia secara dalam kumpulan di atas talian.

 

Sambil bersembang, sambil bermain permainan. Gabungan terbaik untuk lepas rindu dengan kawan-kawan!

3. Zoom

Sumber Gambar: PCmag.com

Aplikasi ini khas Syaz cadangkan kepada Maduners yang nak buat panggilan video untuk urusan pekerjaan.

 

Walaupun timbul beberapa kontroversi, aplikasi Zoom masih dianggap sebagai salah satu aplikasi terbaik untuk syarikat-syarikat melakukan perjumpaan secara atas talian membincangkan mengenai hal pekerjaan.

 

Apa yang terbaik dengan aplikasi Zoom? Aplikasi Zoom ini boleh sampai 100 peserta dalam satu panggilan video! Perghh!

4. WeChat

Ya, Syaz tahu Maduners mesti macam terkejut dengan cadangan Syaz ini. Ala-ala budak WeChat gitu.

 

Tapi, kalau Maduners nak tahu, aplikasi WeChat ini antara aplikasi terbaik kerana mengabungkan ciri-ciri terbaik daripada aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Skype.

 

Maksudnya, Maduners bukan saja boleh buat panggilan video, Maduners boleh juga kongsi gambar dan video.

 

Aplikasi WeChat sangat popular di negara China, malah rakyat negara China siap buat transaksi tanpa tunai guna WeChat Pay.

5. Skype

Skype ini merupakan aplikasi yang memang sudah terkenal awal tahun 2005 setelah dikeluarkan secara umum pada tahun 2003.

 

Skype boleh dikatakan sebagai the original gangster kerana merupakan antara aplikasi pertama yang membolehkan penggunanya melakukan panggilan video menggunakan internet.

 

Walaupun kini aplikasi Skype kurang popular setelah kemunculan aplikasi lain seperti Whatsapp, aplikasi masih digunakan ramai orang sehingga kini.

Post a Comment