Covid-19: Lebih 3,000 Pesara Kesihatan Kembali Beraksi, Bantu Barisan Hadapan – Manis Madu

Covid-19: Lebih 3,000 Pesara Kesihatan Kembali Beraksi, Bantu Barisan Hadapan

Bagi membantu menangai masalah kekurangan petugas kesihatan pada waktu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah beralih mendapatkan perkhidmatan 3,000 pesara kesihatan seperti pakar perubatan dan jururawat.

Perkara tersebut bertujuan membantu pasukan barisan hadapan merawat pesakit yang dijangkiti virus berbahaya, Covid-19 yang mana maklumat tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau juga menyatakan bahawa mereka telah bertugas secara berperingkat iaitu kini sebanyak lebih 1,000 pada awal minggu ini dan dijangka jumlah pesara kesihatan yang membantu akan terus meningkat.

 

“Walaupun KKM menyasarkan untuk mendapat khidmat 3,000 pesara jururawat dan petugas kesihatan, KKM tidak menunggu untuk mencapai jumlah tersebut datang mendaftar baru ambil mereka bekerja.

 

Kita lihat pada kemahiran mereka, contohnya ada kemahiran di Unit Rawatan Rapi (ICU), KKM sudah ambil bekerja yang mana kini 1,000 lebih pesara kesihatan sudah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh” katanya.

Sejumlah hampir 3,000 kakitangan perubatan yang telah pencen tampil menyatakan kesanggupan membantu setelah KKM pada Isnin lalu, memohon doktor dan jururawat yang sudah bersara kembali berkhidmat.

Post a Comment