Covid-19 Makin Pulih, Indonesia Benarkan ‘Mudik’ Lebaran – Manis Madu
Covid-19 Makin Pulih, Indonesia Benarkan ‘Mudik’ Lebaran

Covid-19 Makin Pulih, Indonesia Benarkan ‘Mudik’ Lebaran

Indonesia akan menarik balik larangan perjalanan domestik pada musim cuti sempena sambutan Aidilfitri awal Mei depan.

 

Presiden Indonesia Joko Widodo, mengumumkan perkara itu selepas tradisi pulang atau ‘mudik’ ke kampung di republik itu disekat selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

 

Katanya pada sidang media di Jakarta pada Rabu, situasi Covid-19 yang semakin pulih memberi keyakinan, terutama ketika bakal menyambut Ramadan.

eugenia-clara-zl_XTluNrec-unsplash (1)

Keputusan membenarkan pergerakan tahunan selepas berakhirnya Ramadan itu adalah langkah terbaharu dilaksanakan dalam melonggarkan sekatan Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara itu.

 

Indonesia yang mempunyai 270 juta penduduk, menyekat perjalanan besar-besaran tradisi ‘mudik’ pada awal 2020 dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19.

 

Bagaimanapun, jutaan penduduk mengingkari larangan itu dan meninggalkan pusat bandar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, sebagaimana tradisi diamalkan majoriti penduduk negara lain yang beragama Islam.

 

Selepas kes Covid-19 mula mendatar ketika memuncak pada pertengahan Februari susulan penularan varian Omicron, Indonesia turut menarik balik sekatan perjalanan dalam dan luar negara.

 

Awal minggu ini, Indonesia menggugurkan peraturan kuarantin untuk ketibaan pengembara asing yang sudah divaksinasi, berikutan langkah sama dilaksanakan di negara jiran lain.

Post a Comment