Dah Cuba Diet Atkins & Diet Keto Tapi Tak Sesuai? Boleh Cuba Diet Mudah Ini! – Manis Madu
Dah Cuba Diet Atkins & Diet Keto Tapi Tak Sesuai_ Boleh Cuba Diet Mudah Ini!

Dah Cuba Diet Atkins & Diet Keto Tapi Tak Sesuai? Boleh Cuba Diet Mudah Ini!

Dah cuba macam-macam diet tapi tetap tak kena juga dengan badan! Syaz faham ramai yang hadapi masalah ini, Syaz sendiri dah hadapi masalah ini!

 

Tapi dalam banyak-banyak yang anda cuba seperti Atkins, Keto dan Intermittent, tahu tak sebenarnya ada diet yang mudah dan ringkas iaitu diet in calorie deficit! Syaz sendiri dah cuba dan nak kongsi dengan korang, lesssgooo!

Diet Defisit Kalori

jamie-matocinos-WAYY2WoGb8w-unsplash (1)

Sebelum kita mula, kena tahu apa itu diet calorie deficit

 

Secara ringkas, diet yang membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan yang juga dikenali sebagai sebagai diet defisit kalori. Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa satu kilogram mengandungi sejumlah 7,000 kalori. Jadi, untuk membakar satu kg dalam seminggu, anda perlu berada dalam defisit kalori sebanyak 1000 setiap hari. 

 

Anda boleh mengekalkan sasaran mengikut matlamat anda dan mengubah defisit kalori yang diperlukan dengan sewajarnya.

 

Defisit kalori antara 500-1000 biasanya dianggap selamat dan boleh dicapai.

Bagaimana Nak Capai Keadaan Defisit Kalori?

Ada beberapa cara yang SIHAT untuk capai defisiti kalori, Syaz nak pesan siap-siap jangan ikut perut sebab nak capai defisit kalori, bahaya! (Bercakap dari pengalaman Syaz sendiri)

 

Jom kita tengok cara yang sihat nak capai defisit kalori

1. Kurang Atau Bakar Lebih!

Apa maksud kurang? Apa maksud bakar lebih? 

 

Maksud Syaz disini untuk capai defisit kalori anda perlu mengambil lebih sedikit kalori daripada yang anda bakar secara harian dengan bersenam dan lakukan aktiviti harian atau dengan membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan. 

 

Contohnya, kalau hari yang rasa malas nak bersenam, pastikan jumlah kalori yang diambil tidak banyak, tapi kalau hari yang Maduners akan bersukan dan bersenam, boleh ambil kalori lebih sebab anda akan bakar kalori tersebut bila bersenam.

 

Anda juga perlu ingat bahawa membakar kalori hanyalah bukan bersenam. Badan kita juga membakar kalori semasa buat aktiviti seharian seperti berjalan, bekerja, makan, bernafas dan juga tidur.

 

Kiraan dia macam ini, jika anda bersenam untuk membakar 1000 kalori setiap hari, anda akan kehilangan satu kilogram dalam seminggu. 1000 kalori x 7 hari = 7,000 kalori.

2. Kreatif? Gunakan Bakat Ada Dalam Kira Kalori

jonathan-borba-lrQPTQs7nQQ-unsplash (1)

Bersenam sekurang-kurangnya 30-40 minit setiap hari. Jika senaman yang anda lakukan 3 kali seminggu rasa terlalu membosankan, tukar-tukarkan jenis senaman anda!

 

Anda boleh berlari, berjoging, berenang atau bermain sukan pilihan anda seperti bola keranjang, badminton atau tenis untuk membakar kalori tersebut. 

 

Anda boleh berpusing di sekeliling blok anda dan juga melangkau untuk membakar kalori tambahan dengan berkesan. 

 

Tip dari Syaz sendiri, bila pergi tempat yang ada lif dan tangga, Syaz akan pilih tangga sebab menaiki tangga akan bantu bakar kalori berbanding naik lif, kreatifkan diri anda dengan pelbagai jenis cara untuk bakar kalori!

3. Kawal Porsi Makanan!

anna-pelzer-IGfIGP5ONV0-unsplash (1)

Bagi Syaz ini paling penting dan ramai mungkin gagal tapi cekalkan hati korang untuk kawal porsi makanan anda!

 

Sentiasa perhatikan saiz porsi makanan anda. Ambil sebahagian kecil makanan, cukup untuk mengisi perut anda kira-kira 80%. 

 

Kalau nak tahu, orang Jepun selalu guna teknik ini, yang juga dikatakan menjadi punca di sebalik badan mereka yang kurus dan cergas. 

 

Tetapkan juga tingkap masa makan untuk diri sendiri dan makan antara waktu tersebut. Jarakkan makanan anda- sarapan, makan tengah hari, snek dan makan malam dengan bijak dan beri jarak 3-4 jam antara setiap hidangan. 

 

Makan malam awal sekitar jam 7 malam atau maksimum pada jam 8 malam untuk membantu penurunan berat badan, mengelakkan keasidan dan senak.

 

Akhir sekali tip Syaz selalu guna dan masih amalkan, jangan baring lepas makan, tunggu sekurang-kurangnya dua jam sebelum baring tak kiralah waktu makan tengah hari ataupun malam. 

 

Syaz dah kongsi diet defisit kalori ini, tinggal untuk Maduners cuba sahaja! Selamat berjaya dalam perjalanan diet anda!

Sumber: Time Of India

Post a Comment