Dah Darurat, Rasanya Ini Waktu Sesuai Untuk Diet Terus! Tapi Diet Jenis Macam Mana Yang Sesuai Dengan Korang?
Zaman sekarang bila cerita bab cantik, bab bergaya, bab kurus, hampir semua wanita mempunyai tekad dan keinginan yang sama. Bukan sahaja wanita, lelaki pun tak terkecuali!
Nak kurus, nak fit tak payah cakaplah. Yang dah sedia ada kurus pun gigih nak kurus lagi. Betul tak?
Sebenarnya tiada masalah jika seseorang ingin kurus dan langsing. Ia malah sangat bagus untuk kesihatan yang mana dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan kecergasan, mengekalkan awet muda dan banyak lagi.
Namun, untuk kurus dan langsing, perlu ada strategi dan perancangan yang betul. Kalau tak, selain risiko untuk gagal, korang mengundang penyakit lain pula.
Siap ada wanita koma 15 hari sebab salah diet tahu!
Bagi menyambut baik semangat membara korang yang tengah nak diet, Madu akan share 6 jenis diet popular yang boleh diikuti!
#1 Diet Atkins
Sumber Gambar: my.theasianparent.com
Jenis diet ini adalah antara yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tapi di seluruh dunia! Nama Diet Atkins diambil bersempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr. Robert C. Atkins.
Diet Atkins adalah sejenis corak pemakanan yang dapat membantu korang turunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan.
Antara makanan yang tidak boleh diambil ketika amalkan diet ini adalah nasi, mee dan yang seangkatan dengannya, roti, makanan segera, makanan ringan, produk tenusu, minuman manis dan beberapa jenis lagi.
Nak amalkan diet ini mental kena kuat dan kena berkorban sedikit sebab biasalah tekak orang Malaysia wajib kena ada nasi dan mee bila makan, jadi kena tabah dari segi mental bila tak boleh makan nasi dan mee!
#2 Intermittent Fasting
Intermittent Fasting (IF) adalah diet dengan cara mengatur pola makanan dengan kaedah seakan-akan berpuasa tapi dalam tempoh tertentu.
Sumber Gambar: www.eatingwell.com
IF dapat merehatkan perut dan usus korang dalam tempoh 12 hingga 14 jam. Ini bergantung pada korang ya berapa jam korang nak ‘berpuasa’. Misalnya korang mula pada 6.30 petang, keesokkan harinya pada jam 9.30 pagi baru boleh makan semula. Jika korang mula jam 8.30 malam, 11.30 esok pagi baru boleh mula makan.
Dalam tempoh ‘berpuasa’ tu, korang dibenarkan untuk consume air putih, air garam (garam bukit bersama air putih), green tea, kopi dan teh. Green tea, kopi dan teh itu tanpa gula dan susu! Jangan korang bantai minum bergula dan bersusu pula.
Untuk pengetahuan korang, Lisa Surihani antara selebriti yang mengamalkan diet ini.
#3 Diet Tanpa Nasi
Sumber Gambar: www.freemalaysiatoday.com
Hah! Ini juga antara jenis diet yang sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan individu yang nak mula diet kebanyakannya akan mula cut nasi dalam pola pemakanan mereka.
Diet jenis ini agak kurang sesuai untuk rakyat Malaysia kerana nasi adalah makanan ruji orang Malaysia tapi ramai jerr yang berjaya kurus dengan cara ini.
Antara cara yang lazimnya dilakukan untuk diet ini adalah hanya memakan lauk tanpa makan nasi. Memang hebatlah siapa yang buat diet ini, Madu tak tahan!
#4 Diet Suku Suku Separuh
Selalu dengar juga kan diet suku suku separuh ni? Diet jenis ini adalah merujuk kepada 1/4 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/2 fiber. Jadilah hidangan itu suku suku separuh.
Kaedah diet ini juga sudah mula famous sekitar tahun 2017 hingga 2018 dan sebenarnya ia adalah kempen yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain daripada mematuhi konsep Suku Suku Separuh, korang juga perlu elakkan daripada menggunakan pinggan dengan saiz yang besar kerana korang akan tertipu dengan jumlah makanan yang dihidangkan. Berikut ialah panduan mudah:
Dewasa – 23cm (9 inci)
Kanak-kanak – 18 cm (7 inci)
#5 Diet Vegan
Diet ini tidak terlalu terkenal tapi masih ada yang mengamalkannya di Malaysia. Diet vegan adalah diet TANPA pengambilan daging, ayam dan ikan. Vegetarian terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai diet yang berlainan.
Haa korang boleh pilih nak buat diet yang mana satu. Yang paling penting, tekad kena ada ya! Bila ada tekad baru korang akan konsisten. Good luck!