Dah Lama Cari Kedai Online Murah, Ini Beberapa Kedai RM2 Di Shopee! – Manis Madu
Dah Lama Cari Kedai Online Murah, Ini Beberapa Kedai RM2 Di Shopee

Dah Lama Cari Kedai Online Murah, Ini Beberapa Kedai RM2 Di Shopee!

Bila membeli barang keperluan rumah, antara perkara yang akan diteliti dan dibandingkan mestilah harga! Betul tak?

 

Kedai RM2 merupakan antara kedai yang selalu menjadi pilihan hati kerana semua barangan boleh didapati dengan harga hanya RM2! Nak shopping banyak-banyak pun tak rasa serba salah sangat.

 

Keadaan pandemik seperti sebelum ini membataskan kita untuk berlama-lama di tempat seperti itu kerana bimbangkan keselamatan serta kesihatan. Jadi hari ini, Madu akan kongsi beberapa Kedai RM2 atas talian yang boleh dilawati dan shopping puas-puas!

1. NOKO

NOKO-RM2-Malaysia

NOKO merupakan salah satu ‘syurga shopping’ buat para wanita kerana dengan RM2 sahaja, korang boleh borong apa jerr yang korang nak!

2. Eco Shop

Ecoshop-Malaysia

Siapa jerr tak kenal Eco Shop kan? Antara kedai RM2 paling dikenali di Malaysia.

3. Ninso

Ninso-Official-Store

Terdapat lebih kurang 10,000 produk yang dijual di Ninso dan Maduners boleh dapatkan dengan harga serendah RM2.10!

4. Cheap2Shop

Cheap2Shop

Barangan di Cheap2Shop pula boleh didapati dengan serendah RM2.10! Antara barang yang boleh didapati di sini ialah barang keperluan rumah, alat tulis, makanan ringan dan lain-lain.

5. Mr Save Mart

MrSaveMart

Di Mr Save Mart, tidak semua barang dijual pada harga RM2.10 tetapi barangan lainnya masih dijual dengan harga yang rendah dan berbaloi sangat!

6. NT Shop Malaysia

NTShop

Terdapat lebih 10,000 barangan boleh didapati di kedai ini! Pengikut di NT Shop Malaysia sudah mencecah 15.1k orang tau.

7. Kilang RM2

Kilang-RM2

Dah nama pun Kilang RM2 kan, mestilah semua barangan yang ada di kedai ini bernilai RM2 sahaja. Madu ulang lagi sekali, SEMUA!

8. Grabbit

Grabbit-Official-Store

Harga barangan di kedai Grabbit ini tidak semuanya RM2 tetapi masih menawarkan harga yang rendah buat para pengguna.

 

Antara barang yang boleh didapati di sini adalah seperti alat tulis dan biji benih pokok buat siapa yang minat berkebun.

 

Kalau tak boleh shopping di kedai, kita serbu kedai atas talian mereka! Maduners boleh pilih mana satu atau nak membeli di semua kedai pun tiada masalah.

Post a Comment