Dah Pakai Sunscreen Tapi Kulit Tetap Terbakar, Sia-Sia Pakai Sunscreen Kalau Tak Re-Apply! – Manis Madu
Dah Pakai Sunscreen Tapi Kulit Tetap T

Dah Pakai Sunscreen Tapi Kulit Tetap Terbakar, Sia-Sia Pakai Sunscreen Kalau Tak Re-Apply!

Pemakaian krim perlindungan matahari atau sunscreen dan sunblock dalam urutan rutin penjagaan kulit (skincare) merupakan hal yang penting. Dahulu mungkin ramai tidak tahu kepentingan pemakaian sunscreen tetapi kini sudah cakna.

batch-by-wisconsin-hemp-scientific-X

Produk yang satu ini sangat penting diaplikasikan tidak kiralah sama ada beraktiviti di ruang tertutup atau di luar.

 

Maduners tahu tak, untuk melindungi kulit kita, sunscreen ini tidak cukup hanya dengan sekali pakai. Korang perlu re-apply sunscreen dalam tempoh 2 hingga 3 jam sekali tapi jangan sampai salah! Ini 5 cara re-apply sunscreen dengan betul.

1. Re-apply Krim Pelindung Matahari Ketika Tidak Memakai Mekap

nick-arnot-AuCrXk0pLWo-unsplash (1)

Kalau Maduners tak pakai makeup dan cuma memakai skincare sahaja maka proses re-apply sunscreen menjadi lebih mudah dilakukan!

 

Caranya bersihkan muka terlebih dahulu. Setelah kulit sudah bersih, jangan lupa pakai face mist dan pelembap dahulu supaya kelembapan kulit tetap terjaga. Setelah itu barulah oleskan krim pelindung matahari sebanyak dua jari pada kulit wajah korang!

2. Re-apply Krim Pelindung Matahari Setelah Berwudhu’

misha-novak-9qGFkezWplI-unsplash (1)

Buat Maduners yang beragama Islam, setelah selesai berwudhu’ juga perlu pakai sunscreen semula. 

 

Caranya tetap sama, keringkan muka dulu kemudian aplikasikan sunscreen sebanyak dua jari pada kulit. Maduners boleh juga gunakan face mist supaya terasa lebih segar.

3. Re-apply Krim Pelindung Tanpa Merosakkan Mekap

Malas re-apply sunscreen kerana takut mekap rosak? Lemah! Eh, gurau jerr Maduners.

 

Sebenarnya, buat Maduners yang suka pakai mekap, korang tak perlu risau mekap akan rosak kerana nak re-apply sunscreen. Caranya mudah saja!

 

Pertama, buang minyak berlebihan di muka dengan menggunakan blotting paper. Lebih-lebih lagi pada bahagian T-Zone. Haa, lepas itu boleh semburkan sunscreen pada wajah.

 

Untuk tips ini, Madu syorkan untuk korang memilih sunscreen dalam bentuk spray atau cushion ya!

4. Re-apply Krim Pelindung Matahari Setelah Bersukan

gabin-vallet-YxCrQm9XNgg-unsplash (1)

Kebiasaannya bila bersukan, mesti akan berpeluh dan mengakibatkan sunscreen yang dipakai menghilang dari muka. Haa, sebab itu sangat penting untuk re-apply sunscreen selepas bersenam.

 

Muka biasanya menjadi kotor dan berpeluh selepas bersenam so korang perlu cuci muka terlebih dahulu sebelum re-apply!

5. Pilih Pelindung Matahari Berbentuk Spray

Madu nasihatkan korang memilih sunscreen dalam bentuk spray kerana sunscreen jenis ini dianggap lebih praktikal.

 

Ini kerana korang tak perlu gunakan tangan untuk menyapu sunscreen di muka maka kebersihan lebih terjamin. Selain itu, produk jenis spray juga tidak akan merosakkan solekan.

 

Sunscreen jenis ini juga mempunyai tekstur dan formula yang lebih ringan. Sesuai sangat untuk nak re-apply!

 

Sedikit sia-sia kalau Maduners apply sunscreen tapi tak re-apply kerana kulit korang akan kembali terdedah kepada sinaran UV selepas beberapa jam. Madu harap tips ini membantu!

Sumber: Cewek Banget

Post a Comment