Daiyan Trisha Hadiahkan Ibu Bapa Mercedes-Benz Sempena Anniversary – Manis Madu
Daiyan Trisha Hadiahkan Ibu Bapa Mercedes-Benz Sempena Anniversary

Daiyan Trisha Hadiahkan Ibu Bapa Mercedes-Benz Sempena Anniversary

“Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk balas jasa mereka”, pesan Daiyan Trisha.

 

Impian bagi setiap anak adalah untuk membahagiakan kedua orang tuanya. Dan ini apa yang dilakukan Daiyan, 28, kepada kedua ibu bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Daiyan meluahkan perasaan gembira serta syukur dengan pencapaiannya menghadiahkan sebuah kereta kepada ihsan tersayangnya.

 

Menurut Daiyan, dirinya telah menempah kereta Mercedes Benz itu sejak Disember tahun lalu untuk dihadiahkan sempena anniversary ibu bapanya pada sabtu lalu.

 

“Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang.

 

“Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu, Allah kurniakan pelbagai rezeki pada saya.

 

“Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan kalau untuk ibu bapa. Inilah masa terbaik buat mereka gembira kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang,” katanya.

 

Menerusi rakaman video oleh Daiyan, dia menyerahkan kunci kereta tersebut sekali gus menyaksikan reaksi kedua ibu bapanya yang terharu dengan kejutan tidak disangka itu.

 

“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa dan mummy. Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk untuk balas jasa mereka”.

 

“Takkan pernah cukup, tapi sekurang-kurangnya, kita cuba,” pesannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Madu bangga dengan Daiyan. Madu harap semua Maduners dapat buat apa saja untuk membahagiakan orang yang jaga kita dari kecil.

Post a Comment