Dari Totally Spies Hingga Powerpuff Girls! Ini Dia Throwback Top 10 Kartun Terbaik Sepanjang Zaman – Manis Madu
10 Kartun Terbaik Sepanjang Zaman

Dari Totally Spies Hingga Powerpuff Girls! Ini Dia Throwback Top 10 Kartun Terbaik Sepanjang Zaman

Alif yakin ramai Maduners masa zaman kecil-kecil dahulu, hari minggu saja mesti tak sabar tunggu kartun kegemaran muncul di televisyen!

 

Ada yang ingat dan ada juga yang mungkin lupa kartun yang famous zaman dulu-dulu. Jom kita flashback dan throwback kartun yang memang tip top sepanjang zaman!

#10 – Care Bear

Ditangga ke-10 kita ada Care Bear! Tak kisahlah pada umur berapa pun pada tahun 80-an, ramai sangat yang memang jatuh hati dengan kartun ini. Childhood memory sangat!

 

Yang paling best pasal Care Bear adalah memang banyak gilerr karakter dia. Contohnya ada Take Care Bear, Hopeful Heart Bear, Friend Bear, Polite Panda dan banyak lagi, memang tak akan bosanlah tonton kartun Care Bear!

#9 – Digimon

Tak kiralah lelaki ke perempuan ke golongan dewasa pun sampai sekarang masih ada yang meminati Digimon!

 

Walaupun raksasa dalam Digimon pada mulanya hanya kelihatan kecil tetapi bila ada yang memerlukan pertolongan, automatik akan berevolusi menjadi besar!

 

Alif suka Agumon! Maduners pula suka Digimon apa?

#8 – Legend Of Korra

The_Legend_of_Korra

Sumber Gambar: en.wikipedia.org

Mungkin ramai yang tanya kenapa bukan Avatar: The Last Airbender yang berada dalam senarai ini! Tapi bagi Alif, plot cerita Legend of Korra adalah lebih baik berbanding Avatar: The Last Airbender.

 

Plot cerita Legend of Korra menyentuh banyak isu yang Alif rasa lebih relevan seperti isu politik dalam dunia moden sesuai dengan sasaran penonton bagi Legend of Korra iaitu orang dewasa berbanding Avatar: The Last Airbender yang menyasarkan kanak-kanak pada waktu itu.

 

Jangan marah ya peminat Avatar: The Last Airbender, kedua-dua siri masih terbaik!

#7 – My Little Pony

Eh? Bukan My Little Pony ini kartun baru ke? Salah ya #Maduners sebab kartun My Little Pony ini dah ada sejak tahun 1986 lagi!

 

Kanak-kanak perempuan mana saja yang tak akan jatuh cinta dengan Pony ajaib yang mempertahankan Paradise Estate daripada raksasa, alahai comelnya! Ada karakter Fizzy, Molly, Gusty, Danny, Galaxy dan banyak lagi!

#6 – Jen And The Hologram

Glitter and Gold! Glitter and Gold!

 

Maduners yang zaman kanak-kanaknya pada tahun awal 90-an mesti kenal dengan kartun Jen And The Hologram ini!

 

Bila muncul saja kartun ini depan televisyen terus bersiap-sedia nak menari dengan lagu-lagu diorang yang memang best giler. Paling penting tunggu Jem guna subang dia yang ada kuasa!

#5 – The Powerpuff Girls

“fighting crime, trying to save the world, here they come just in time…The Powerpuff Girls!” Mengaku sajalah Maduners, sampai sekarang masih ingat dengan lagu tema Powerpuff Girl kan?

 

Ahhhh! Siapa saja tak kenal dengan trio terhebat di Townsville kita ada Blossom, Bubbles dan Buttercup! Alif ingat lagi kawan-kawan perempuan Alif semuanya berebut kejap nak jadi Blossom, kejap nak jadi Bubble, kejap nak jadi Buttercup.

#4 – Cardcaptors Sakura

Kalau masih ingat, watak utama bernama Sakura Kinomoto akan gunakan kad kuasa untuk melawan kejahatan kemudian akan memerangkap elemen kejahatan dalam kad ajaibnya.

 

Maduners mesti ada yang suka tonton sebab pakaiannya yang comel dan ada tongkat sakti dan binatang belaan yang ada sayap. Shoo cute!

#3 Winx Club

Di tangga ketiga kita ada Winx Club! Alif tahu mesti ramai terus mengimbau memori bila Alif mention pasal Winx Club, siapa saja tak minat dengan kartun yang menggunakan magik untuk lawan kejahatan!

 

Paling menarik mengenai kartun Winx Club ini setiap karakter ada jenis kuasa yang berlainan, Bloom pari-pari kuasa naga api, Musa pari-pari muzik, Tecna pari-pari teknologi, Flora pari-pari alam semulajadi, Stella pari-pari sinaran matahari dan Aisha pari-pari gelombang!

#2 – Totally Spies

Masih ingatkah Maduners dengan bunyi telefon bimbit kecemasan? Part itu paling mengimbau memori! Lagi-lagi dengan kekalutan antara Sam, Alex dan Clover.

 

Di tangga ke-2 kita ada Totally Spies!

 

Setiap episod yang ditonton pasti ada saja misi untuk diselesaikan dan akan bergaya sakan dengan gajet elektronik mereka. Memang tak akan bosan kalau tonton!

#1 – Sailor Moon

Drum rolllllll, tangga pertama the one and only, Sailor Moon! Siapa saja yang tak minat Sailor Moon? Lagi-lagi dengan babak mereka bertukar dan beraksi melawan kuasa jahat. Memang takkan miss punya!

 

Mesti ada dalam kalangan Maduners yang suka berangan jadi ahli Sailor Moon? Yang memang fanatik gila siap kumpul sticker, alat tulis, bekas pensel semuanya nak Sailor Moon! Die-hard fans lah katakan.

Ahhh! Memang rindu teruk lepas baca senarai kartun kat atas ini kan? Jom, ajak keluarga ramai-ramai mengimbau memori dengan tonton semula kartun, binge-watch githewww!

Post a Comment