Dawn Lee, Youtuber Kecantikan Dari Korea Meninggal Dunia Akibat Kanser – Manis Madu
Dawn Lee, Youtuber Kecantikan Dari Korea Meninggal Dunia Akibat Kanser

Dawn Lee, Youtuber Kecantikan Dari Korea Meninggal Dunia Akibat Kanser

Disahkan melalui agensi pengurusannya, Ice Creative, berita pemergian Dawn Lee atau nama sebenarnya Saebyeok adalah benar.

 

Pada 2019 yang lalu, Dawn Lee ada memberitahu bahawa dia sedang dalam proses rawatan selepas disahkan menghidapi kanser limfoma.

 

The Korea Time juga berkata, bintang terkenal itu pernah berkongsi dengan pengikutnya gambar ketika dia sedang menjalani rawatan kemoterapi pada 2019.

Dawn Lee juga pernah berkongsi dengan pengikutnya apabila menyatakan perasaannya yang sangat takut untuk menjalani rawatan dapat menemui kekuatan kembali setelah diberi semangat oleh orang sekelilingnya.

 

Pada Mac lalu, dia berkongsi perkembangan terkini kesihatannya dan berkata semakin tenang berdepan penyakit itu.

 

“Mental dan emosi saya terganggu beberapa hari lalu. Sebelum ini di hospital saya diberitahu untuk mempersiapkan diri kerana mungkin akan meninggal.

 

“Sekarang ini saya lebih tenang, walaupun mampu berkongsi perkembangan tapi masih ada takut lagi. Saya masih ke hospital untuk rawatan kimoterapi,” katanya.

 

Perkongsian Vlog terakhirnya di YouTube dibanjiri ucapan duka daripada pengikut.

Untuk rekod, saluran YouTube milik Dawn Lee yang banyak berkongsi mengenai kecantikan dan fesyen memiliki hampir 650,000 pengikut.

Post a Comment