Denda RM50,000 Langgar SOP? Ini Sebenarnya Cara Kiraan Kompaun Dikenakan! – Manis Madu
Denda RM50,000 Langgar SOP Ini Sebenarnya Cara Kiraan

Denda RM50,000 Langgar SOP? Ini Sebenarnya Cara Kiraan Kompaun Dikenakan!

Bila kita tengok balik satu persatu kes yang viral itu semua mesti kita pun rasa tak puas hati dan macam nak tahu sebenarnya macam mana kompaun ini dikenakan pada seseorang.

 

Baiklah sini Madu nak terangkan satu persatu sebenarnya macam mana kompaun ini dikira dan bagaimana seseorang individu itu boleh dikenakan kompaun.

 

Jadi sebenarnya ada tiga keadaan yang boleh menyebabkan anda akan dikompaun iaitu:

 

Pertama – Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau impak jangkitan pada skala besar.

 

Kedua – Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tetapi tidak beri impak jangkitan kepada komuniti.

 

Ketiga – Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.

 

Apa yang sampai RM10,000 dan RM50,000 yang viral itu? Sebenarnya jumlah itu adalah jumlah maksimum yang mana seseorang itu boleh dikenakan.

 

Maksudnya jika seseorang itu dikenakan denda sebanyak RM10,000, masih ada peluang untuk anda buat rayuan di mahkamah ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dapatkan pengurangan.

 

Tapi perlu ingat, individu yang dikenakan kompaun sampai jumlah sebesar ini hanya akan diberikan kepada mereka yang banyak kali ulang kesilapan yang sama dan masih tidak mengikut SOP yang ditetapkan, jadi tepuk dada tanya selera.

 

Selain itu, jumlah besar juga akan dikenakan sekiranya seseorang itu membuat banyak kesalahan dalam waktu yang sama contohnya seperti peniaga yang tidak menyediakan QR Code, tidak menjaga jarak dan tidak menyediakan hand sanitiser akan dikenakan tiga jumlah kompaun yang berbeza!

 

Pada yang pertama kali dikompaun pula, jumlah maksimumnya adalah RM1,500 dan jumlah ini juga boleh diminta pengurangan dalam tempoh 7 hari kompaun dikenakan sehingga 50%.

 

Jadi, sebenarnya kita perlu lihat semula adakah betul kita tidak ikut SOP yang ditetapkan? Jika ya, redhalah dan buat bayaran seperti biasa sebab dalam keadaan pandemik ini, SOP memang sangatlah penting.

 

Jadi jika anda dikenakan kompaun, boleh bayar secepat mungkin dan jangan lupa teruskan ikut SOP yang selama ini dah ditetapkan.

Sumber Gambar: Bernama

Post a Comment