Derita Bengkak Hati Kerana ‘Whitening Drip’, Wanita Ini Insaf! – Manis Madu
Derita Bengkak Hati Kerana ‘Whitening Drip’, Wanita Ini Insaf

Derita Bengkak Hati Kerana ‘Whitening Drip’, Wanita Ini Insaf!

Seorang wanita yang dikatakan taksub untuk memiliki kulit putih sehingga sanggup mengambil suntikan pemutih akhirnya tanggung derita apabila dia disahkan mengalami masalah bengkak hati.

 

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi hantaran di laman TikTok @umiehafizaa.

@umiehafiezaaSedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih 😷 #fyp #fypindonesia♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

“Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih,” tulisnya.

 

Melalui video itu, wanita tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital pada 14 Oktober lalu kerana pengambilan suntikan pemutih sejak Mac lalu di sebuah pusat kecantikan.

 

“Saya terdetik nak ambil suntikan itu sebenarnya semata-mata untuk cantik sebab saya jual kosmetik. Tapi saya bukan jual kosmetik untuk putih, saya cuma jual foundation.

“Saya terpengaruh bila tengok testimoni orang,” katanya.

Tidak lama selepas melakukan suntikan tersebut, dia mula terasa sakit pada bahagian bawah dada kanannya sejak bulan lepas.

 

“Saya start suntik bulan Mac, April dan Mei tapi sakit itu bermula bulan lepas. Saya pergi hospital, doktor kata gastrik tapi sakit itu berlarutan sampai dua minggu jadi saya pergi ke klinik yang berdekatan.

 

“Doktor yang periksa perut saya cakap hati saya bengkak lepas tu dia bagi tarikh janji temu pada 14 Oktober, masa tu result menunjukkan bacaan (Alanine Transaminase (ALT)) yang tinggi,” ujarnya.

 

Menurut Umi, rasa sakit yang dialaminya itu sampai ke belakang badan dan membuatkan dia muntah.

kesan pengambilan suntikan pemutih

Doktor memasukkan 11 botol air tanpa henti untuk menurunkan bacaan enzim di hatinya.

 

Menerusi video tersebut juga, Umi turut menasihati orang ramai agar sayangi diri mereka dan jangan cepat terpengaruh seperti dirinya.

 

“Sayangilah diri anda sebelum terlambat. Janganlah terpengaruh macam saya, saya memang betul-betul menyesal,” katanya.

sayangilah diri anda, jangan terpengaruh macam saya

Post a Comment