Desas Desus Keretakan Rumah Tangga, Mizz Nina Dan Noh Salleh Umum Berpisah Secara Baik
Desas desus mengenai keretakan rumah tangga antara pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka mengesahkan sudah bercerai menerusi hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama dan difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
โSelepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,โ ujarnya.
Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
View this post on Instagram
โAssalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
โAlhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
โKami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,โ katanya.
Noh juga berkata, apa yang terjadi antaranya dan Nina sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon agar peminat mendoakan untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
โKita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah. Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,โ katanya.
View this post on Instagram
Untuk info, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun iaitu pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, mereka memaklumkan telah mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat yang diberi nama Musa sebagai penyeri rumah tangga.