Destinasi Paling Cool Untuk Korang Bercuti Masa Musim Sejuk!
Selalunya, hujung tahun ini memang waktu paling ramai akan travel ke destinasi pilihan masing-masing tapi disebabkan situasi Covid di negara kita tak selesai lagi, terbantutlah rancangan travel semua orang.
Tapi jangan risau, tak semestinya kalau tak travel tak boleh nak tahu destinasi paling best untuk dilawati waktu musim sejuk!
#1 Lapland, Finland
View this post on Instagram
Apa yang menarik di negara ini, Maduners boleh tengok Cahaya Utara (Aurora Borealis) secara dekat! Uish, bukan senang nak tengok Aurora dekat-dekat. Menarik sangat!
View this post on Instagram
Walaupun di sini, Maduners hanya akan mendapat 3 jam cahaya matahari tapi Madu rasa berbaloi sahaja, boleh melawat Santa Claus Village dan naik kereta luncur atas salji. Madu dah bayangkan Madu meluncur atas salji!
#2 Zermatt, Switzerland
View this post on Instagram
Seterusnya adalah Zermatt, Switzerland! Untuk pengetahuan Maduners, di sini adalah syurga untuk korang yang minat bermain ski!
Kalau Maduners tak suka buat aktiviti lasak, Maduners boleh bersantai ke spa atau boleh berjalan di jambatan tergantung terpanjang di dunia untuk pejalan kaki iaitu Charles Kuonen Suspension Bridge.
View this post on Instagram
#3 Munich, Germany
View this post on Instagram
Bandar yang terletak di Jerman ini juga tak kurang menariknya. Selain Maduners dapat menikmati monumen sejarah yang ada di sana, Maduners juga dapat menyaksikan persembahan Teater Residenz.
Pasar-pasar pada waktu Krismas di sini memang menarik dan sangat cantik, kenalah experience sekali seumur hidup!
#4 Seoul, Korea Selatan
View this post on Instagram
Madu rasa ramai yang masukkan Korea dalam senarai wajib travel. Madu pun teringin sangat nak ke Korea, hari-hari layan Kdrama masa belajar dulu, kalau boleh nak jumpa Oppa!
Di Korea selain boleh menikmati makanannya yang best-best seperti toppoki, kimchi jjigae dan lain-lain, Maduners juga boleh melancong ke tempat menarik yang ada di Korea! Antaranya Myeongdong, Nami Islan, Namsan Tower dan banyak lagi.
Paling penting, tempat-tempat yang Madu cakap di atas, waktu musim sejuk memang cantik dan romantik! Sesuai untuk pasangan suami isteri yang sedang hangat ber~chennnta!
#5 Taipei, Taiwan
View this post on Instagram
Disember adalah tempoh paling sejuk di Taiwan tapi masih sesuai bagi mereka yang ingin menikmati iklim sejuk yang tidak melampau. Suhunya ngam-ngam je untuk Maduners bersiar-siar di kawasan sekitar.
Kawasan yang sejuk dan padat di tengah bandar pada waktu musim sejuk memang cantik untuk tangkap gambar! Ada nilai aesthetic githeww!
View this post on Instagram
#6 Hanoi, Vietnam
View this post on Instagram
Niat nak travel waktu musim sejuk tapi biasalh rakyat Malaysia tak biasa dengan cuaca yang terlampau sejuk, jadi boleh pilih Hanoi, Vietnam!
Haa, tempat ini sesuai bagi Maduners yang mahukan perubahan cuaca yang tidak terlalu drastik. Suhu di sini sekitar 24°C hingga 19°C. Masih nyaman dan sejuk!
Amacam tempat-tempat yang Madu share ini? Harap Maduners suka dan dah boleh plan siap-siap untuk tahun depan! Harap pandemik Covid-19 ini berakhir dengan segera!
~Stay Safe Maduners~