Destinasi Percutian Sempena Cuti Sekolah – Manis Madu

Destinasi Percutian Sempena Cuti Sekolah

Yay! Cuti sekolah dah nak dekat! Jadi Madu akan tolong Maduners untuk pilih destinasi percutian yang sesuai sempena cuti sekolah ini!

1. KidZania Kuala Lumpur

Destinasi wajib untuk Maduners bawa anak-anak untuk teroka minat mereka dan membina cita-cita supaya mereka mempunyai impian kerjaya untuk dicapai.

 

KidZania memberi pendedahan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak tentang kerjaya yang wujud di Malaysia bagi membantu memberikan perspektif mengenai skop sesuatu kerjaya.

2. Cameron Highland

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Verča (@veru.sve) on

Madu tak perlu cerita banyak pasal Cameron Highland ini, Maduners mesti dah terfikir nak bercuti di sini kan?

 

Cameron Highland terkenal dengan ladang teh yang begitu luas dengan kata lain amazing view! Lari sekejap daripada kesesakan bandar yang kita hadap hari-hari.

 

Lagi satu, memang tak boleh lupa ialah dengan suhu sekeliling di Cameron Highland ini yang sejuk ala-ala macam musim sejuk di luar negara! Gitu!

3. Masjid Kristal

Salah satu khazanah negara yang wajib dilihat dengan mata anda. Masjid Kristal berada di Terengganu ini siap dibina pada tahun 2008.

 

Keunikan destinasi ini ialah Masjid Kristal merupakan satu-satunya masjid yang dibina menggunakan kaca seperti kristal dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia!

 

Yang bukan agama Islam pun boleh melawat Masjid Kristal ini, cuma perlu ikut beberapa peraturan. Jom Maduners!

4. Pulau Redang

Negara Malaysia terkenal dengan pelbagai pulau dan kalau cuti sekolah mestilah kena bercuti di pulau kan!

 

Madu nak cadangkan Maduner bawa anak-anak bercuti ke pulau yang menjadi destinasi pilihan orang ramai pada masa cuti sekolah iaitu Pulau Redang.

 

Antara aktiviti menarik yang Maduner boleh lakukan di Pulau Redang seperti snorkelling, berkayak, melihat matahari terbenam dan lain-lain lagi!

 

Jadi kalau nak lari dari kesesakan bandar, Pulau Redang is the one!

5. Genting Highland

Maduner nak bercuti di kawasan bukit tetapi masih ada that luxury vibe? Genting Highland adalah tempatnya!

 

Genting Highland merupakan destinasi percutian yang hampir sama seperti Cameron Highland yang berada di kawasan bukit tetapi berbeza sedikit kerana mempunyai taman tema yang menarik.

 

Fun fact! Genting Highland hanya 1 jam pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur!

6. Bukit Tinggi

Sumber Gambar: Pahangtourism.org.my

Siapa yang suka pemandangan malam yang cantik dihiasi lampu ala-ala drama korea, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang ada pemandangan yang cantik!

 

Dengan suasana yang nyaman, selain Bukit Tinggi, Maduner boleh berkunjung di tempat lain seperti Colmar Tropicale, Adventure Park dan lain-lain lagi di Bentong, Pahang!

7. Sunway Lagoon

Anak-anak Maduners mesti suka destinasi ini! Diiktiraf sebagai Asia’s Best Waterpark dan Asia’s Best Attraction oleh IAAPA iaitu Sunway Lagoon!

 

Mempunyai lebih 80 tarikan terdiri daripada water park, extreme park, amusement park, wildlife park dan scream park, Maduners dan keluarga mesti takkan bosan bercuti di destinasi ini!

 

Wajib berkunjung ke sini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup!

Post a Comment