Diana Danielle Naik Angin, Tempelak Pembeli ‘Ghaib’ Lepas COD Barang – Manis Madu
Diana Danielle Naik Angin, Tempelak Pembeli ‘Ghaib’ Lepas COD Barang

Diana Danielle Naik Angin, Tempelak Pembeli ‘Ghaib’ Lepas COD Barang

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah bersetuju membeli barang terpakai miliknya namun ‘ghaib’ selepas penghantaran dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Diana, 30, menerusi Instagram peribadi miliknya berkata, tindakan pembeli tersebut telah menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.

SS_DD_1

“Saya tak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya…saya nak letgo barang yang penuh dekat rumah ni.

 

“Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okay sahaja.

 

“Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve,” katanya.

 

Individu tersebut dikatakan secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli car seat kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.

SS_DD_2

“Awak sangat biadap…awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah pedajal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.

 

“Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery).

 

“Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua,” luah Diana lagi.

 

Siapa jerr tak marah bila jadi begini!

Post a Comment