Dibelasah Bapa Tiri Macam Binatang, Gadis 19 Tahun Buat Laporan Polis!
Gempar di media sosial Instagram dan Twitter selepas seorang gadis menceritakan detik hitam yang dialaminya didakwa telah didera oleh bapa tirinya.
Menurut beberapa perkongsian gadis yang dikenali sebagai Dahlia di laman Instagram, gadis tersebut mendedahkan mengenai perlakuan bapa tirinya yang telah mencekik serta menampar pipinya sebelum kepalanya ditolak dan dihentak ke lantai.
View this post on Instagram
“Dia tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak guna kaki dia. Mata bengkak lebam dan pecah darah sebab dia pijak guna tumit,” ujarnya.
Tambah Dahlia, rambutnya pernah ditarik dan dia turut dilempang berkali-kali serta diterajang sehingga terhantuk ke pintu. Tidak cukup dengan itu, dia turut menceritakan bahawa bapa tirinya pernah mengambil parang di dapur kerana mahu menetaknya.
Walau bagaimanapun, Dahlia berjaya mengelak apabila jirannya melihat kejadian tersebut lalu mematikan tindakan bapa tirinya itu.
“Kepala Dahlia bengkak. Doktor check dia terkejut kepala bengkak teruk. Belakang badan dari bahu sampai ke kaki bengkak. Rahang mulut pun bengkak. Kunyah, bersin pun sakit menguap tak boleh.
Mata Dahlia pecah darah tak nampak dengan jelas sampai sekarang. Doktor hospital terus hantar pergi Taiping untuk jumpa pakar mata. Doktor pakar kata eye movement tak okay,” ceritanya.
Trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya, gadis berusia 19 tahun itu kemudian membuat laporan polis. Difahamkan, dia ingin berjumpa dengan ibu kandungnya, namun tidak lama selepas itu berlaku pula pertengkaran mulut dengan ibunya.
View this post on Instagram
“Bapa tiri saya keluar dari bilik air terus tendang saya di hadapan pintu rumah dan kemudian kawan saya bawa saya pergi dari situ dan menghantar saya ke rumah bapa kandung,” tambah gadis malang itu.
Ibu dan bapa tirinya juga tetap menyalahkannya kerana tidak memaafkan mereka malah gadis itu meluahkan segala apa yang dirasai namun lelaki terbabita hanya tersenyum serta ketawa kecil.
View this post on Instagram
“Masa Dahlia cakap semua tu, Dahlia luahkan apa yang Dahlia rasa sampai menangis. Dia (ayah tiri) boleh senyum. Dia senyum lepas tu gelak kecil depan saya. Ya Allah manusia jenis apa ni,” luah Dahlia.
Hati bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak kesayangannya yang dihantar ke rumah bekas isteri dalam keadaan elok secara tiba-tiba diperlakukan seperti itu!
Dahlia juga ada memberitahu bahawa bapa kandungnya ada bersemuka dengan bapa tirinya untuk meminta penjelasan atas apa yang berlaku. Tidak terkecuali, pegawai polis yang menerima laporan gadis ini juga turut menasihati bapa tirinya tentang perlakuan kejam terbabit.
Semoga dipermudah segala urusan adik Dahlia dan semoga gadis ini mendapat keadilan dan perlindungan selayaknya!