Diculik Makhluk Asing Lebih 50 Kali, Pernah Naik UFO Sejak Kecil – Manis Madu
Diculik-Alien

Diculik Makhluk Asing Lebih 50 Kali, Pernah Naik UFO Sejak Kecil

Bukan sahaja diculik, malah beliau juga mendakwa bahawa pernah menaiki objek terbang tidak dikenali (UFO) beberapa kali sebelum ini.

 

Menurut laporan Daily Star itu lagi, wanita yang bernama Paula Smith, 50 berkenaan juga mendakwa mempunyai bukti bahawa dia pernah diculik berkali kali sehingga meninggalkan banyak kesan lebam dibadannya.

Diculik Alien

Sumber Gambar: dailystar.co.uk

“Saya sudah diculik sebanyak 53 kali dan berdepan dengan banyak insiden paranormal. Tiada amaran bahawa ia akan berlaku dan jika ia berlaku, ianya sangat cepat dan berlaku begitu sahaja.

 

“Saya hanya mampu teruskan hidup seperti biasa kerana jika tidak saya akan jadi gila,’ ujarnya,

 

Bercerita mengenai pengalamannya diculik oleh makhluk asing, beliau berkata bahawa makhluk asing tersebut menunjukkan kepadanya teknologi yang tidak dimiliki oleh manusia.

 

Selain itu, Smith mendakwa pernah melihat kapal angkasa pada tahun 1982 ketika berada di dalam hutan.

 

“Saya cuba larikan diri namun kaki saya kaku seolah-olah terbenam di dalam tanah dan semuanya bertukar menjadi gelap,’ katanya lagi.

 

Walaupun diculik berkali-kali, Smith tidak pernah bercakap tentang hal tersebut selama ini kerana sedar orang akan anggap beliau tidak siuman.

 

“Namun saya percaya ada jutaan orang seperti saya di luar sana yang ada pengalaman yang sama,” katanya.

Post a Comment