Didakwa Anak Guru Agama, Zizi Kirana Tampil Jelaskan Perkara Sebenar – Manis Madu
zizikirana

Didakwa Anak Guru Agama, Zizi Kirana Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Penyanyi rap, Zizi Kirana menjelaskan kekeliruan ramai pihak yang sebelum ini mendakwa dia merupakan anak seorang imam masjid atau guru agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil, 36, itu, berkata, sebenarnya dia hanyalah anak orang biasa dan bukannya anak seorang agamawan seperti didakwa.

 

“Ini salah faham yang perlu saya betulkan. Banyak komen netizen dalam media sosial yang membuat dakwaan ayah saya seorang agamawan, imam, tahfiz dan tok guru.

 

“Akibat salah faham tersebut, terlalu ramai yang meminta saya mengadakan kelas mengajar mengaji. Sedangkan ayah saya orang biasa dan hanya imam dalam keluarga kami sahaja,” katanya.

 

Tambah pelantun lagu Eh! itu, ibu bapanya turut dihujani dengan jemputan mengajar mengaji daripada orang ramai.

 

“Sebenarnya, bapa saya bukan imam seperti yang didakwa dan saya juga tidak layak digelar sebagai hafizah kerana saya hanya boleh mengajar mengaji peringkat asas sahaja iaitu Muqaddam.

 

“Jadi, semua dakwaan tersebut tidak benar dan berhenti sebarkan perkara tersebut. Takut ramai salah faham,” katanya lagi.

 

Tutur penyanyi berasal dari Sipitang, Sabah itu lagi, disebabkan perkara tersebut, dia dihujani undangan penganjur yang berhasrat menjemputnya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sewaktu majlis berbuka puasa.

 

“Banyak jemputan mengaji yang saya terima sedangkan tahap bacaan saya hanya peringkat asas sahaja, risau pula rentak mengaji berubah menjadi lagu Eh! ketika membaca ayat al-Quran,” jelasnya lagi. – Kosmo!

Post a Comment